Tampaknya EUR/USD Pamer Reaksi Junaman Di Awal Minggu

410

Kelemahan matawang Euro dipengaruhi oleh kenyataan terbaharu oleh Presiden European Central Bank (ECB) iaitu Christine Legarde terus memberi peluang kepada matawang USD untuk terus kukuh.

Euro kembali mencatat kedukaan akibat dihimpit oleh kegusaran mengenai penularan wabak Covid-19 yang merebak di Eropah menjelang penerbitan data indeks keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Namun matawang USD terus melebarkan penguasaan susulan lonjakan semula hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) di paras 1.60% dan masih disokong oleh kenaikan kadar inflasi pada sebelum ini.

Menyemak kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga nampaknya sekali lagi telah pun mencipta paras terendah yang terbaharu bagi 2021 sejak daripada Julai 2020 di paras sekitar 1.13600.

Trend pergerakan harga turut dilihat sudah menembusi zon sasaran sebelum ini untuk menyusut di bawah zon SBR (support become resistance) 1.14000 dengan mengalami penurunan lebih 100 pips.

Penurunan yang dipersembahkan juga terus bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk kekal utuh mengekalkan corak downtrend sepanjang 4 minggu.

Menjadi sasaran berikutnya adalah akan diperhatikan pada zon sokongan pada 1.13000 untuk diuji dan sekali gus bakal merekodkan lagi paras terendah yang terbaharu sebelum susut lebih rendah.

Yakni zon sokongan tersebut turut pernah menjadi zon tumpuan untuk dicapai pada dagangan Mac dan Jun 2020 sebelum dengan jayanya dirobek pada Julai 2020.

Manakala sekiranya pergerakan harga pada carta EUR/USD kembali mencatat lonjakan, zon sasaran sebelum ini iaitu yang kini telah menjadi zon SBR pada 1.14000 berkemungkinan akan dicapai semula.

Lonjakan untuk perubahan trend yang lebih jelas bakal dilihat andai kata harga berjaya menembusi paras halangan MA50 untuk terus terbang menuju ke zon SBR yang berikutnya pada 1.15000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisisi teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANGV

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat