Ini Bukti Anda Semakin Hampir Dengan Kejayaan Dalam Forex Trading

4,313

Menjadi seorang yang berjaya dalam forex trading adalah suatu proses yang mana prosesnya memakan masa dan harus dilalui. Semakin lama anda dalam industri ini anda akan mendapat kaedah-kaedah baru, idea baru, teknik dan juga perkara baru dalam mengawal permainan emosi ini. Ini lah dipanggil sebagai ‘PROSES’.

Proses ini tidak kita lalui secara sekaligus, tetapi ia dilalui secara berperingkat. Sepanjang perjalanan kita melalui proses ini kita akan mendapati ‘tanda-tanda’ yang akan membantu kita berada di trek yang betul menuju kejayaan di dalam ‘forex trading’.

Walaubagaimanapun, ada dari tanda-tanda ini sebenarnya kita telah lalui, tapi kita terlepas pandang yang menyebabkan kita lupa pengajaran yang berharga walaupun ia nampak macam tak penting.

Jom kita mulakan.

#1 Indikator (indi) Bukan Lagi Satu Keperluan Mendesak

Indikator ni dah macam satu keperluan yang begitu mendesak. Setiap trader mahu satu indikator, mahu menggabungkan ia kepada satu lagi indikator atau dua indikator atau mahu menjual indikator tersebut kepada trader lain.

Ada indikator yang sesuai dengan kita, ada juga indikator yang memang tak guna langsung, kerana semua fungsi indikator tu adalah sama, untuk menunjukkan sejarah pergerakan harga di masa yang lepas.

Tapi bukanlah bermaksud semua indi tu tak bagus, tapi sebelum mempelajari atau memasukkan indi tu cuba fahamkan dahulu asas-asas forex trading yang kita trade ni, macam support and resistance, sifat-sifat candle dan banyak lagi perkara asas yang sepatutnya dipelajari terlebih dahulu.

Ibarat nak bina rumah, buat dulu tiang rumah, bukannya terus nak hias rumah macam kita hias chart dengan pelbagai indikator.

#2 Takde Rasa Betul atau Salah

Kita hidup dalam dunia yang memerlukan kita membuat keputusan yang betul, dan kita selalu cuba untuk mengelak dari membuat keputusan yang salah. Semua orang mahu berada di pihak yang betul. Walaupun kita di pihak yang salah, kadang-kadang kita pujuk diri sendiri ni, “Aku betul, dia yang salah”.

Cara pemikiran seperti ini tidak bagus untuk trader dan ia biasanya akan memakan diri anda jika terlalu yakin anda di pihak yang betul dari segi trading. Daripada berfikir Betul atau Salah—berfikirlah seperti ‘Genius Matematik’ yang membuat keputusan trading berdasarkan ‘Kebarangkalian’.

Analisis teknikal atau fundamental atau kedua-duanya sekali memberitahu kita potensi pergerakan atau kebarangkalian pergerakan matawang naik atau turun, tak ada benda yang pasti.

#3 Kesabaran Menjadi Pelengkap Kepada PROFIT

Kekal dalam keadaan sabar dan terus bersabar adalah kunci utama kejayaan dalam industri ini. Kesabaran hanya membenarkan anda trade ‘set-up’ yang terbaik, dan apa yang paling penting adalah ia hanya membenarkan anda menggunakan modal trading pada ketika ia benar-benar memerlukan anda untuk trade.

Kesabaran–aspek terpenting dalam kehidupan dan seringkali ia sukar untuk dikuasai, begitu juga dalam ‘forex trading’. Kadang-kadang set-up yang benar-benar diyakini hanya muncul sekali seminggu tetapi cukup untuk membuat profit yang banyak berbanding trade banyak kali tapi loss.

#4 Apapun Terjadi Anda Tetap Fleksibel

Apabila kita mula-mula mencebur diri dalam industri ini, kita selalu terfikir kalau lah aku tahu exactly market ni nak pegi mana. Sehari pun boleh kaya. haha

Tapi tu laa, tak ada benda macam tu dalam kamus forex global ni.

Kita hanya perlu tahu kecenderungan, mana price nak pergi. Kecenderungan ni macam potensi harga nak pergi mana. Tapi perlu diingat mesti selalu fleksibel dengan kecenderungan itu.

Jangan anggap anda tahu lebih banyak daripada market, pentingnya kita fleksibel dan merendah diri kerana market boleh menjatuhkan kita bila-bila masa sahaja.

#5 Profit Bukan Lagi Prioriti Anda

Tak kiralah anda forex trader ke, peniaga ke, memang tujuan nak untung. Tapi seorang trader yang berpandangan jauh dan ada ciri-ciri forex trader yang berjaya lebih mementingkan ‘Sustainability‘ (daya tahan).

Usaha untuk terus bertahan dalam industri ini sepatutnya menjadi keutamaan anda, Sebab, jika anda kehabisan modal, anda tidak akan dapat mengambil kesempatan trade set-up yang menguntungkan apabila ia muncul.

Akhir sekali, semoga berjaya kepada anda semua!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat