Tandakan Kalendar Trading Anda dengan Event Penting Sepanjang Minggu (26-30 Disember 2016)

67

Pasaran pada minggu ini diramal tenang ekoran cuti Krismas dengan kebanyakan pelabaur sudah ‘tutup buku’ menjelang tahun baru yang hanya berbaki beberapa hari lagi.

Hal ini juga akan mengurangkan liquidity dalam pasaran, namun meningkatkan turun naik menjelang tahun baru.

Di tempat lain, data inflasi Jepun dijangka akan menjadi tumpuan minggu ini apabila para pelabur mula menilai keperluan untuk rangsangan selanjutnya dalam ekonomi ketiga terbesar dunia ini.

Berikut adalah beberapa peristiwa penting sepanjang minggu ini :

1.Cuti Krismas (Isnin)

Pasaran di Australia, New Zealand, Eropah, UK, Switzerland, Kanada dan Amerika Syarikat ditutup pada hari Isnin berikutan cuti Krismas yang jatuh pada hujung minggu.

Kanada akan membuka semula pasaran pada Rabu kerana bercuti sempena Boxing Day pada Selasa.

  1. Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa, 11.00pm)

Lembaga Persidangan dan kumpulan penyelidikan pasaran dijangka akan mengeluarkan data keyakinan pengguna bagi bulan Disember pada Selasa. Pasaran menjangkakan bahawa indeks ini meningkat kepada 108.5 daripada 107.1 pada bulan sebelumnya yang juga merupakan angka paling kukuh semenjak Julai 2007.

  1. US Pending Home Sales (Rabu, 11.00pm)

Persatuan Hartanah Kebangsaan akan mengeluarkan data ini pada hari Rabu. Laporan ini dijangka akan menunjukkan bahawa jualan rumah meningkat sebanyak 0.5 peratus bagi bulan November setelah melonjak 0.1 pada Oktober lalu.

  1. Data Tuntutan Awal Pengangguran AS (Khamis, 9.30pm)

Data ini dijangka akan menyaksikan peningkatan seramai 2,000 orang kepada 277,000 pada minggu berakhir 23 Disember.

  1. Data inflasi Jepun (Selasa, 1.00pm)

Biro Statistik Jepun dijangka akan mengeluarkan data inflasi bagi bulan November dengan jangkaan angka kekal pada paras negatif.

Negara ini dikatakan meletakkan sasaran inflasi pada tahap 2 peratus, sekali gus memberi tekanan kepada BoJ untuk mengekalkan pakej rangsangan agresif bank pusat berkenaan.

Sumber : Forex Factory

US Dollar Kembali Bangkit Menentang Yen dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat