Tangani Ancaman Virus, Trump Umum Rangsangan Fiskal

416

US dolar mula mempamerkan sedikit pemulihan berbanding safe-haven yen selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan pemotongan cukai gaji dan langkah bantuan lain sebagai usaha menangani krisis wabak COVID-19.

Menerusi satu pertemuan bersama penggubal undang-undang Republik pada Selasa di Capitol Hill, Trump telah mencadangkan kadar cukai gaji 0% untuk majikan dan pekerja yang akan berkuatkuasa sepanjang tahun ini.

Menurut jurucakap bagi White House, terdapat juga perbincangan untuk mengekalkan pengurangan cukai tersebut yang digunakan untuk membiayai keselamatan sosial dan kesihatan.

Bagaimanapun, para pelabur tetap berwaspada terhadap risiko wabak coronavirus dengan terus memantau langkah-langkah rangsangan yang akan diambil oleh negara utama untuk menstabilkan ekonomi mereka.

Dolar Aussie kekal diniagakan berhati-hati berbanding USD walapun selepas Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan pakej kesihatan bernilai AUD 2.4 bilion untuk memerangi coronavirus.

Pasangan matawang EUR/USD mula memaparkan sedikit peningkatan pagi ini selepas mencatat penurunan sekitar 170 pips dalam ketiga-tiga sesi pada dagangan hari Selasa.

Penularan COVID-19 yang meluas di Eropah semakin membimbangkan apabila jumlah kes jangkitan di Itali yang disahkan kini telah meningkat kepada 10,149 kes dan 631 kematian. Ini membawa jumlah terkini kepada 119,177 kes dan 4,295 kematian di seluruh dunia.

Selain itu, GBP/USD telah mencatat penurunan sekitar 250 pips sejak dagangan semalam selepas US dolar kembali memperlihatkan pemulihan susulan White House memperkenalkan pakej rangsangan fiskal.

Pasaran kini akan menumpukan perhatian mereka kepada sejauh mana tindak balas fiskal kerajaan mereka dalam menangani impak COVID-19, dengan harapan Menteri Kewangan UK Rishi Sunak akan meningkatkan perbelanjaan dalam belanjawan pertamanya yang bakal diterbitkan malam ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat