Tanpa Diduga, Astro Juga ‘Dirundung Pilu’!

417

Keuntungan bersih Astro Malaysia Holding Bhd untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2020, didakwa telah mengalami kejatuhan kepada RM164.53 juta daripada RM170.85 juta pada suku yang sama tahun lalu. Selain itu, pendapatan syarikat tersebut turut berhadapan dengan kemerosotan sebanyak 8.9% kepada RM1.11 bilion daripada RM1.22 bilion tahun lalu.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan, syarikat itu mendedahkan bahawa hasil pendapatan mereka jatuh disebabkan oleh penurunan pendapatan langganan dan iklan yang dipengaruhi oleh penularan wabak pandemik Covid-19 tetapi penjualan barang dagangan mereka mencatatkan peningkatan.

Sehubungan dengan itu, keuntungan bersih syarikat berkenaan telah merekodkan penurunan sebanyak RM3.5 juta atau 2.1% berbanding suku yang sama, diimbangi oleh kos pembiayaan bersih yang merosot, susut nilai harta tanah, loji dan peralatan dan perbelanjaan cukai.

Manakala segmen televisyen, pendapatan mereka untuk suku semasa RM946.1 juta telah turun sebanyak RM104.4 juta atau 9.9% berbanding suku yang sama sebanyak RM1.05 bilion, didorong oleh kejatuhan pendapatan langganan dan iklan.

Meskipun begitu, penurunan keuntungan dapat ditampung oleh kos kandungan dan lesen, hak cipta dan royalti yang lebih rendah.

Seterusnya, pendapatan radio untuk suku semasa dikhabarkan dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi yang perlahan disebabkan oleh pandemik Covid-19, dengan mencatatkan hasil lebih rendah iaitu sebanyak 30.1% berbanding dengan suku yang sama tahun lalu.

Oleh yang demikian, pihak pengururan telah mengambil langkah-langkah pengurangan kos agar dapat membantu pengurangan pembiayaan operasi.

Sementara itu, pendapatan segmen belanja rumah untuk suku semasa telah menngalami peningkatan sebanyak RM17.6 juta atau 18.9% kepada RM110.7 juta berbanding RM93.1 juta pada suku yang sama. Hal ini demikian kerana pengguna mula beralih kepada aktiviti membeli-belah dalam talian berikutan perintah kawalan pergerakan (MCO).

Justeru itu, Astro akan lebih berwaspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan kesan daripada MCO bersyarat yang baru dilaksanakan.  Bahkan pelanjutan CMCO didakwa bakal mempengaruhi pendapatan iklan dan komersial. Jadi, mereka akan terus mengoptimumkan kos, mengutamakan perbelanjaan modal, dan menguruskan modal secara aktif untuk mengukuhkan kewangannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat