Tanpa Disangka, Dua Kripto Ini Jadi Tumpuan Whales!

869

“Harapnya tak jatuh la pula ye.”

Selain mata wang kripto Ethereum (ETH) dan top 10 altcoin, pemulihan keseluruhan pasaran turut menyaksikan harga Litecoin (LTC) mendaki secara konsisten sejak tiga bulan selepas berterusan menjunam.

LTC dilihat mencanak sebanyak 80% sepanjang 90 hari lalu susulan kebanyakan wallet whales yang memegang aset digital tersebut dikesan bertindak membeli lagi sejumlah LTC bernilai $1 juta atau lebih daripada itu. 

Dalam pada itu, penganalisis pasaran berpendapat para pelabur akan semakin berminat untuk melabur dalam LTC pada tahun ini, di mana ia dilihat dapat memacu harga aset digital itu menembusi paras $150.

Sementara itu pada masa yang sama, aset digital dYdX turut mempamerkan lonjakan sekitar 30% apabila Yayasan dYdX berhasrat menangguhkan 150 juta token mereka dari bulan Februari hingga akhir Disember tahun ini.

Rentetan itu, jumlah whales semakin meningkat dan terdapat 986 address aktif pada rangkaian dYdX susulan kenyataan tersebut..

Di sisi lain, beberapa altcoin seperti LCX, SONM, Aptos, Nervos dan Concordium turut melonjak sebanyak 20% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat