Tanya Moshedfx Tentang Forex : Strategi Mencapai Target Keuntungan Dalam Forex

528

tanya-tentang-forex-01

Berikut adalah soalan yang ditanya oleh Encik Azhar di dalam ruangan komen blog saya. Pada minggu ini soalan beliau telah menjadi soalan terpilih untuk dijawab di dalam ruangan Tanya Moshedfx Tentang Forex.

Wasalam tuan Azhar,

Pada pendapat saya mengikut pengalaman saya, dengan teknik yang betul, modal yang betul dan ratio TP dan SL yang betul, dan jika condition market yang sangat tidak tentu arah, kerugian atas modal adalah sangat minima iaitu sekitar 5%-10%. Ingat, di dalam forex trading,kita kawal kerugian bukan kawal keuntungan. Keuntungan akan datang kemudian berdasarkan ratio ketepatan teknik kita.

Untuk meletak satu hari target bersamaan nilai tertentu akan banyak memberi tekanan macam tuan cakap dan kita akan cuba revenge market. Apabila ini terjadi trading kita akan menjadi tidak tentu arah dan sangat menyakitkan modal kita apabila emosi juga terus bercelaru. Kenapa ini terjadi ? Ini kerana kita hanya tetapkan target tetapi tidak tetapkan Berapakah Peratus Risiko yang akan kita tanggung? berapakah nilai yang kita boleh rugi? Dalam trading plan sebelum kita place order, masuk market samada buy atau sell, selain daripada analisis market. Kita sudah perlu siapkan Money Management Plan dalam Forex Trading ini iaitu dengan tetapkan  berapa peratus risiko kita boleh rugi.

Pendapat dan pengalaman saya, kita tidak dapat tentukan keuntungan dalam market, kita akan ambil sebanyak mana pasaran forex itu berikan, contohnya jika saya sedang trade secara swing, ada kala saya ride the trend till the end, sampai habis dan dapatkan TP maksimum, adakalanya pula saya masuk order lewat, tetapi atas kiraan SL saya masih kecil dari TP dan possibility untuk dapatkan keuntungan itu tinggi, jadi atas kawalan risiko saya dapat juga untung tetapi tidak banyak. Adakala peluang yang nampak agak risiko dengan kondisi market bank cuti,sideway, ataupun banyak news high impact, mungkin saya akan set SL pada break even. Jadi di sini saya hanya tetapkan dengan modal sekian-sekian, berapa nilai pip yang saya boleh buka dan atas ratio trading yang betul, saya hanya dapatkan berapa nilai keuntungan yang dapat market beri pada saya. Tetapi bagaimana pula untuk jadikan ini konsisten ?

Proses ini memang perlukan pemantauan dan kajian yang agak lama tetapi lambat laun anda akan dapati teknik tersebut, tetapi pencariannya perlulah tetapkan matlamat dulu teknik jenis apa yang anda cari dan guna dan berkadaran dengan modal.

Contoh mudah, ada dua orang diberikan basikal untuk race di kawasan berbukit dan berselut. Seorang belajar race menggunakan jalan tar dahulu dan seorang lagi terus mengambil basikal untuk belajar race di kawasan berbukit dan berselut. Pelajar yang menggunakan jalan tar, akan expert di jalan tar tetapi akan kalah dan banyak kali jatuh jika di kawasan berbukit, dan pelajar yang biasa kayuh di kawasan berbukit untuk latihannya akan lebih cekap dalam kondisi mengawal basikal tersebut di kawasan berbukit. Tetapi perlu juga pastikan jenis basikal, jika beliau berlatih di kawasan berbukit dengan basikal ada gear, dan apabila race sebenar menggunakan basikal tanpa gear, pasti beliau juga kalah. Dalam kes ini, JENIS BASIKAL dirujuk kepada Kekuatan Modal, “kondisi tar dan berbukit berselut” merujuk kepada jenis market dan pair matawang yang ingin diniagakan.

Kita perlu tetapkan matlamat dahulu portfolio investment kita dalam forex business ini, jika anda target untuk betul-betul dapatkan keuntungan dalam forex setiap bulan, ia amat risiko kerana ia akan melibatkan tekanan emosi, letakkan percentage yang logik atas modal akan mengurangkan risikot tersebut. Jadi cari cara trading, dengan gunakan akaun demo untuk nilaikan ketepatan ratio trading untuk sebulan beserta modal. Praktis dari awal. Anda boleh request dari Broker anda untuk berikan modal demo akaun bersamaan dengan modal anda akan mulakan deposit. Jadi anda akan praktis gunakan modal yang sama nilainya. Jika setiap kali trading, anda rugi, dengan perancangan yang betul , ratio TP dan SL yang betul,masih rugi, itu bermaksud teknik anda tidak sesuai. Jika yakin teknik sesuai, kaji tentang nilai pip dan lot yang digunakan pula demi mencapai target anda. Ingat, rugi adalah biasa dalam forex, tetapi MC atau StopOut itu adalah perkara yang tidak biasa. Jadi kawal risiko, dari kawal keuntungan. Untung datang kemudian. Makin mantap skill trading, makin banyak keuntungan yang boleh kita rebut dalam pasaran forex.

Harap ia dapat membantu. Good things take time – MoshedFx

Kepada yang berminat menghantar soalan kepada saya, sila hantar menggunakan borang atau email di sini. Soalan terpilih akan dijawab secara umum demi manfaat kesemua forex trader di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat