Taobao Taiwan Secara Rasminya Terkubur

508

Hari ini Taobao Taiwan memutuskan untuk menutup platform e-dagang setelah pihak kerajaan memberi pilihan sama ada mendaftar semula sebagai platform milik China atau padam serta-merta, melucutkan identiti sebagai sebahagian daripada perniagaan milik pulau itu.

Tindakan pihak kerajaan negara itu dikatakan bertujuan untuk meningkatkan pengawasan ke atas firma-firma China di dalam ketegangan antara Taipei dan Beijing yang semakin keruh.

Sebenarnya sejak Ogos lagi Alibaba Group Holding Ltd memberi tempoh 6 bulan kepada Claddagh Venture Investment sama ada untuk menghentikan pelaburan atau mendaftar Taobao Taiwan sebagai firma China, bukan sebagai perniagaan luar.

Claddagh Venture Investment dikawal oleh Alibaba dan merupakan firma yang menguruskan platform Taobao Taiwan. Tetapi Alibaba tidak memliki Taobao Taiwan dan platform e-dagang itu berbeza dengan Taobao China yang berada di bawah Alibaba.

Ekoran daripada itu, Claddagh memutuskan untuk mengakhiri operasi platform e-dagang itu pada 31 Disember 2020 bagi menyelesaikan pembelian dan tempahan pelanggan terlebih dahulu.

Namun, atas alasan “timbulnya ketidakpastian dalam pasaran”, Claddagh mengakhiri operasi Taobao Taiwan pada hari ini.

Buat masa sekarang, Alibaba tidak memberi sebarang ulasan.

Ketegangan antara dua wilayah ini berpunca dari China yang mengaku Taiwan merupakan sebahagian daripada kedaulatannya. Sejak daripada itu, Taiwan mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelaburan China.

Malah pada Ogos, pulau itu nekad menyekat sebarang perniagaan tempatan bagi perkhidmatan streaming di TV China yang dikendalikan oleh iQiyi dan Tenc

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat