Tarif Dapat Menjejaskan Pertumbuhan Ekonomi? – Ini Pandangan Jamie Dimon

481

Pada hari Isnin, CNN telah menjalankan temuduga dengan pengerusi dan CEO J.P. Morgan, Jamie Dimon bagi mendapatkan pandangan mengenai perlaksanaan polisi ekonomi Trump.

Menurut Dimon, “Sekiranya anda melakukan tarif tambahan $ 200 bilion dan perkara keselamatan negara ini bagi kenderaan kereta, saya fikir ia dapat membalikkan beberapa faedah yang dikecapi dalam ekonomi,”.

Pada minggu lepas, Trump telah memberitahu bahawa beliau sanggup mengenakan tarif keatas semua barang import China ke US sebanyak $ 505.5 bilion. Menurut Dimon ia dapat memberi impak terhadap industri auto US, dengan merujuk pada penyelidikan Jabatan Perdagangan.

GDP suku tahun kedua dijangka akan dikeluarkan pada hari Jumaat dan dijangka bertumbuh 3.8 peratus. Bacaan tersebut disasarkan naik berbanding suku tahun pertama yang mencatat hanya 2 peratus.

Setakat ini, US telah mengenakan tarif pada $ 34 bilion produk China, kemudian dibalas kembali oleh negara China. Rumah Putih pula sedang melakukan penelitian bagi perancangan pengenaan tarif sebanyak $ 200 bilion ke atas barangan China.

Bagi Dimon, Trump telah membangkitkan isu-isu serius yang besar dengan China. Cuma kini beliau tertanya-tanya apakah tindakan Presiden tersebut untuk negara beliau yakni US.

Lanjut Dimon, konflik perdagangan yang tidak hanya melibatkan China bahkan Amerika Utara dan Eropah telah menyebabkan resolusi ini semakin kompleks.

“Ia menimbulkan sedikit ketidakpastian,” kata Dimon

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat