Tekanan Bekalan Minyak Mentah Bakal Dorong USD/CAD Susut Ke Paras Terendah Terbaru

227

Perasan tak harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD dah mula buat penurunan ke paras terendah terbaru selepas mendatar sejak 2 minggu?

Didorong oleh faktor kenaikan harga minyak mentah, dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak global memaparkan pengukuhan dengan isyarat bekalan minyak yang terhad.

Kebimbangan terhadap bekalan masih lagi diberi tumpuan terhadap persetujuan perbincangan yang masih belum selesai di antara Kesatuan Eropah (EU) dan Hungary berikutan rancangan sekatan import minyak Rusia susulan tindakan protes pencerobohan ke atas Ukraine.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga bergerak mendatar sejak minggu lalu bersambung ke minggu ini dengan paras sokongan harga dilihat pada 1.27700 dan rintangan pula pada zon 1.29000.

Dengan faktor kenaikan harga minyak mentah yang menyokong mata wang dolar Kanada, harga telah bergerak susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada dagangan Khamis semalam memberi isyarat bearish.

Di samping itu, US dolar juga masih didagangkan lemah dalam pasaran susulan pemulihan pada sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini dan juga bacaan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang merosot semalam.

Justeru, pelabur akan menjangkakan penurunan lebih rendah harga boleh berlaku di penghujung minggu sekiranya situasi tersebut berterusan.

Pada dagangan hari ini (Jumaat), harga telah susut ke paras 1.27500, mencatatkan paras terendah terbaru 2 minggu walaupun momentum pergerakan harga yang ditampilkan masih perlahan.

Penurunan lebih agresif harga boleh dijangkakan pada sesi New York dan untuk sasaran lebih rendah harga adalah ke zon 1.26000 untuk harga menguji zon tumpuan tersebut.

Namun, sekiranya harga berjaya membuat lonjakan dan melepasi halangan MA50, rintangan pada zon SBR (support become resistance) 1.29000 bakal diuji.

Melepasi zon tersebut akan menjadi petunjuk awal perubahan trend bullish untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi ke paras 1.3000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat