Tekanan Buat Aussie Bakal Dorong Harga Catat Paras Terendah Terbaru Pada AUD/USD

267

Pelabur kembali melihat sentimen berisiko sementara menantikan perkembangan perbicaraan isu pemecatan Donald Trump sebagai Presiden.

Walaupun kebarangkalian untuk Trump dipecat adalah rendah, namun pasaran tetap mengambil langkah berhati-hati untuk tidak mengenepikan sebarang situasi yang boleh berlaku.

Selain itu, pasaran berisiko turut didorong oleh ancaman bencana wabak yang melanda China sehingga mencatatkan 4 korban dan terkini dilaporkan telah merebak ke Australia.

Justeru itu, dagangan safe-haven kembali mendapat permintaan dalam pasaran sementara dagangan matawang berpulangan tinggi seperti dolar Australia kekal lemah.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga terus mengekalkan corak penurunan harga sejak minggu lalu selepas mencapai paras ketinggian 0.69300 di zon SBR (support become resistance).

Harga yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) semalam menyambung penurunan mencecah paras 0.68550 sebelum harga kembali membuat kenaikan pada sesi New York.

Menyambung dagangan pada hari ini, harga yang menyentuh paras 0.68800 pada sesi Asia kemudiannya telah menunjukkan penurunan ketara harga ke paras terendah harian semalam.

Harga dilihat akan menguji zon support di paras 0.68500 yang telah diuji beberapa kali pada awal Januari namun gagal ditembusi harga.

Dagangan Aussie dijangka akan akan bergerak lemah dengan jangkaan laporan data pekerjaan Australia bakal diterbitkan lemah.

Penurunan harga yang berjaya melepasi zon support 0.68500 tersebut bakal mencatatkan paras terendah bulanan terbaru.

Sebaliknya jika zon support tersebut gagal ditembusi, harga bakal kembali membuat kenaikan semula menuju paras 0.68800.

Kenaikan seterusnya berkemungkinan menuju zon SBR 0.69300 yang diuji sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat