Tekanan China Terhadap Australia Buatkan AUD/USD Terjun Rendah

318

Matawang dolar Australia pamer penyusutan ketara pada sesi Asia hari ini berbanding matawang utama yang lain setelah pergerakan mendatar di awal minggu melenyapkan pengukuhan pada minggu lalu.

Faktor utama menekan dagangan dolar Aussie adalah laporan berkenaan China menghentikan import arang batu dari Australia, meningkatkan lagi ketegangan hubungan di antara dua negara tersebut.

Dengan sentimen pasaran yang kembali berisiko di sesi Asia, dolar Aussie mencatatkan penurunan nilai yang ketara sementara US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula.

Pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD, harga bergerak perlahan pada dagangan awal minggu dan lebih rendah dari paras rintangan 0.72400 yang dicapai di penghujung dagangan minggu lalu.

Pada sesi Asia hari ini, harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan yang menunjukkan trend bearish harga.

Penurunan ketara lebih 40 pips ke paras 0.71650 sebelum harga bergerak perlahan semula dan meningkat sedikit ke paras sekitar 0.71800 bersambung pada dagangan sesi Eropah.

Jika penurunan harga diteruskan, zon RBS (resistance become support) pada 0.70800 akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Sebaliknya, kenaikan harga dijangkakan akan ke paras resistance 0.72400 semula jika US dolar kembali didagangkan lemah.

Sentimen pasaran semasa akan terus dipantau berserta perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan mempengaruhi pergerakan pasaran.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat