Tekanan COVID-19, Menteri Kewangan Jerman Bunuh Diri!

2,324

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia semakin meruncing hingga mengakibatkan kebanyakan negara berhadapan dengan krisis ekonomi. Jerman merupakan salah sebuah negara yang paling terjejas akibat daripada wabak pandemik tersebut. Negara itu mencatatkan sebanyak 62,095 kes dengan jumlah kematian sebanyak 541.

Apa yang mengejutkan ialah Menteri Kewangan Hesse, Jerman iaitu Thomas Schaefer yang berusia 54 tahun didakwa telah membunuh diri. Perbuatannya itu didorong oleh perasaan terlalu bimbang terhadap krisis ekonomi yang dialami Jerman gara-gara penularan wabak COVID-19.

Beliau telah ditemui maut berdekatan salah sebuah landasan kereta api. Menurut pejabat pendakwa raya Wiesbaden, menteri tersebut dipercayai telah membunuh diri. Susulan daripada kejadian menyayat hati itu, pemimpin negara Jerman, Volker Bouffier telah menzahirkan rasa terkejut serta kesedihannya melalui sebuah kenyataan. Selain itu, beliau mendedahkan bahawa Thomas Schaefer merupakan Menteri Kewangan Hesse sejak 10 tahun yang lalu serta bertungkus-lumus membanting tulang siang dan malam bagi membantu syarikat dan para pekerja yang terjejas akibat COVID-19.

Seterusnya, beliau mendedahkan bahawa mendiang Thomas merupakan seorang yang terkenal dan disenangi oleh semua individu hinggakan disebut sebagai bakal pengganti pemimpin negara berkenaan. Sementara itu, mediang Thomas telah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak.

Untuk pengetahuan semua, Hesse terletak di ibu kota Jerman iaitu Frankfurt. Lokasi berkenaan telah menempatkan beberapa ibu pejabat institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche, Commerzbank serta Bank Pusat Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat