Tekanan Oleh AS Tidak Halang Huawei Kembang Sayap Perniagaan Ke Shanghai

267

Syarikat telekomunikasi terbesar China, Huawei telah membuka cawangan premis global keduanya di Shanghai dan telah menerima kunjungan ratusan pelanggan semalam.

Dikatakan pihak mereka sudah lama merancang untuk meluaskan pasaran di China sebelum menerima tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan kempen boikot syarikat itu pada 18 bulan yang lalu.

Walaupun Huawei merupakan pembekal keperluan telekomunikasi dan pengeluar telefon terbesar dunia, pihak mereka dituduh dengan dakwaan mencuri rahsia perdagangan AS dan peralatan telekomunikasi yang dibekal disyaki digunakan Beijing sebagai alat pengintipan.

Susulan daripada itu, Washington mendesak negara-negara lain untuk turut serta menghentikan penggunaan rangkaiannya dan berusaha untuk mengeluarkan mereka dari senarai pembekal semikonduktor global.

Dakwaan itu disangkal Huawei memandangkan AS tidak pernah memberi sebarang bukti. Sebaliknya mereka percaya Amerika tertekan akibat kebimbangan terhadap kekuatan syarikat teknologi China yang semakin meningkat dan mendominasi pasaran.

Huawei juga telah dihalang AS untuk mendapatkan perkhidmatan pengoperasian sistem android Google, mendorong syarikat itu untuk membina sistem alternatif baru iaitu HarmonyOS.

Keseluruhannya, Huawei memiliki 42.6% bahagian dari kesemua pasaran telefon pintar China pada suku pertama 2020. Pada waktu yang sama, mungkin Huawei juga akan menghadapi persaingan sengit dalam segmen telefon 5G yang sedang berkembang dari pesaing yang tawar dengan harga murah.

Huawei juga tidak ketinggalan menerima kesan daripada wabak apabila pendapatannya hanya meningkat 1.4% pada suku pertama, turun dari pertumbuhan 39% pada suku pertama 2019.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat