Tekanan Pound Bakal Terhadkan Lonjakan Buat GBP/USD

165

Pada Jumaat lepas, Presiden Federal Reserve (Fed) San Francisco Mary Daly menyokong untuk berlakunya kenaikan kadar faedah sebanyak 0.75 mata asas pada mesyuarat bank pusat seterusnya yang dilihat bakal menyokong pergerakan US dolar.

Selain daripada itu, sepanjang dagangan minggu lalu juga dapat dilihat beberapa pegawai Fed yang lain turut menyokong untuk berlakunya kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk mengawal kenaikan inflasi yang tinggi.

Inflasi Amerika Syarikat (AS) telah meningkat kepada kadar tahunan 8.6% pada bulan Mei, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 41 tahun dan merupakan faktor yang meningkatkan risiko kemelesetan ekonomi AS.

Sementara perkembangan di UK, Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson bakal meneruskan undang-undang untuk membatalkan peraturan mengenai perdagangan pasca Brexit dengan Ireland Utara untuk menggantikan bahagian perjanjian yang telah dipersetujui pada 2020 oleh UK dan EU. Namun, risiko untuk persetujuan yang gagal dimeterai boleh mencetuskan perang perdagangan.

Ini sama sekali akan memberi kesan pergerakan yang pasif buat Pound walaupun bank pusat England (BOE) pada mesyuarat polisi terbarunya telah meningkatkan kadar faedah.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, sehingga bersambung ke awal pembukaan dagangan minggu ini, harga masih berlegar pada zon mendatar dengan paras sokongan pada 1.22000 sementara rintangan pula pada 1.23000.

Pada dagangan Jumaat lalu juga, kenaikan harga juga kelihatan gagal untuk mengatasi rintangan pada ketinggian 1.23000 untuk menutup dagangan pada sesi terakhir minggu lalu di sekitar bawah zon tersebut.

Harga yang dilihat bergerak mendatar di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pada Jumaat lalu telah memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish dengan harga masih berlegar di atas paras tersebut pada sesi Asia hari ini (Isnin).

Jika kenaikan harga berjaya ditembusi pada minggu ini menembusi rintangan 1.23000, harga bakal membuat kenaikan yang lebih tinggi menuju ke paras 1.24000 iaitu paras ketinggian yang dicapai ketika reaksi harga pada mesyuarat polisi BOE yang lalu.

Kenaikan lebih tinggi yang masih berjaya diteruskan akan menuju pula ke sasaran seterusnya pada zon rintangan 1.25000 untuk terus catatkan paras ketinggian terbaru.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan pula, paras sokongan harga pada 1.22000 bakal diuji semula dan sekiranya harga berjaya menembusinya, penurunan lebih rendah berkemungkinan akan menguji dahulu paras tumpuan sekitar 1.21000.

Penurunan harga yang diteruskan untuk pergerakan bearish yang lebih jelas dijangka bakal mencecah semula ke zon support utama pada zon 1.20000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat