Tekanan Sekatan AS, Huawei Mahu Jual Honor?

459

Huawei Technologies Co Ltd dilaporkan berunding dengan Digital China Group Co Ltd dan beberapa syarikat lain untuk menjual aset unit telefon pintarnya iaitu Honor dalam perjanjian yang boleh mencecah sehingga AS$3.7 bilion.

Perkara itu didedahkan oleh sumber yang mengetahui mengenai rundingan berkenaan. Bagaimanapun sumber terbabit enggan mendedahkan identitinya kerana rundingan itu dijalankan secara tertutup.

Huawei dikatakan sedang menetapkan semula keutamaannya dalam menghadapi sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dan akan memfokuskan kepada jenama telefon pintar Huawei berbanding Honor.

Sebelum ini, jenama Honor diperkenalkan untuk golongan muda dan mereka yang  tidak mahu berbelanja banyak untuk membeli sebuah telefon pintar.

Antara aset yang bakal dijual berkemungkinan termasuklah jenama Honor, keupayaan penyelidikan dan pembangunan dan perniagaan pengurusan rantaian bekalan yang berkaitan.

Selain Digital China, yang merupakan pengedar utama bagi telefon pintar Honor, turut menyertai rundingan pembelian terbabit adalah syarikat pengeluar barangan elektronik, TCL dan syarikat Xiaomi.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat tersebut enggan memberikan sebarang komen lanjut berkenaan perkara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat