Teknik Bahagikan Akaun Forex

1,067

Apabila trading secara part-time, mungkin ramai yang hanya gunakan satu akaun sahaja. Tetapi untuk saya yang mencari makan dengan forex trading ini, saya menggunakan teknik bahagikan akaun forex. Bagi saya ia mempunyai kesan-kesan yang positif untuk mengawal emosi semasa trading, elakkan kesilapan dan merancang hala tuju kita di dalam trade forex, agar sampai goal yang diimpikan.

Secara ringkasnya kita boleh bahagikan akaun forex kita kepada beberapa akaun mengikut kemampuan kita. Contoh, kita gunakan dua akaun. Satu akaun digunakan untuk long term trading style, swing. Satu lagi digunakan untuk scalping style. Jadi jika kita ada dua akaun ini, kita tak akan keliru dengan matlamat jangka panjang trading kita dan jangka pendek. Long term akaun atau swing akaun, anda boleh guna untuk bayar bulanan rumah atau kereta, manakala scalping akaun anda boleh guna untuk perbelanjaan harian anda.

Katakan anda analisis dan anda nampak price GBP/USD untuk jatuh dan selagi tidak melepasi paras-paras tertentu, ia bakal long swing jatuh ke bawah, jadi anda boleh masuk sell pada akaun swing tersebut. Lot digunakan mungkin lot kecil sahaja dan modalnya agak besar dari akaun scalping kerana akaun ini bakal support floating yang tinggi, kerana itu ia long term swing trading.

Di dalam trend GBP/USD yang anda jangkakan down trend tadi, ada naik turun nya price tersebut. Jadi..

posisi ini anda trade hari-hari, dan anda boleh trade di akaun scalping di mana anda kumpul pendapatan harian anda dengan trading sama ada buy dan sell.

Bahagikan plan anda, agar goal anda dalam forex trading tercapai. Akaun yang saya guna? nanti saya sharing kepada anda. Semasa menaip artikel ini, saya mempunya 7 jenis akaun dan 2 akaun demo. Kenapa? Nanti saya beritahu dalam post-post akan datang. Selalulah melawat blog ini ya.

Berikut adalah pencapaian salah satu akaun scalping saya, tengah pursuit untuk lengkapkan goal. Nanti hujung minggu boleh shopping barang rumah. 🙂

rekod-forex-moshedfx

“A goal without plan is just a wish” – MoshedFX

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat