Teknologi CHR Lebih Terjamin Dengan Dua Mekanisme Konsensus?

185

Chromia adalah platform blockchain yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah skalabiliti untuk DApps dan rangkaian ini terdiri daripada kumpulan blockchain relasional.

Teknologi Chromia juga berfungsi pada satu set nod validator yang mana merupakan subset daripada semua nod milik Chromia. Subset nod ini menjalankan algoritma konsensus Byzantine Fault Tolerance (BFT).

Konsensus rangkaian Chromia semakin terjamin dan selamat apabila transaksi Chromia turut menggunakan mekanisme konsensus Proof-of-Work (PoW) yang mana serupa seperti yang digunakan oleh Bitcoin dan Ethereum.

CHR adalah ‘native token’ kepada Chromia yang mana CHR dapat digunakan untuk membayar cas transaksi dan pengguna juga dapat menggunakan CHR dalam DApps sebagai token.

Menarik untuk diperhatikan pada carta CHR/USDT,

Pergerakan harga CHR nampaknya pernah menyaksikan kenaikan yang agresif apabila telah melonjak melebihi 3,600% sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $0.76.

Selepas sahaja mencatatkan paras ATH $0.76, harga CHR dilihat terus kekal membuat penurunan dan mencapai paras sokongan terbaru di paras harga $0.12.

Pada penghujung pasaran Jun, pergerakan harga mempamerkan lonjakan melepasi paras sokongan $0.12 dan berkemungkinan bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $0.17-$0.18 jika harga terus membuat kenaikan.

Sekiranya harga CHR terus memperoleh sentimen yang positif, harga dijangka bakal menuju ke paras SBR seterusnya $0.24 sebelum jangkaan harga bakal melonjak lebih tinggi.

Jika pergerakan harga berjaya menembusi paras SBR $0.24, harga CHR dijangka bakal memberi isyarat yang jelas untuk harga membuat perubahan trend kepada trend bullish.

Manakala jika harga CHR tidak berjaya untuk membuat kenaikan, paras sokongan $0.12 bakal menjadi sasaran untuk diuji semula.

Penurunan harga yang lebih rendah dijangka bakal menuju ke paras yang paling sukar ditembusi pada permulaan pasaran Mac di sekitar paras harga $0.09.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga CHR menyusut melebihi 3% untuk diperdagangkan di atas paras sokongan sekitar $0.14.

Lihat gambar carta matawang kripto CHR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat