Teknologi RAMP Digambarkan Sebagai Permata Kripto Seterusnya?

323

RAMP merupakan protokol desentralisasi yang mana bertujuan untuk meningkatkan penggunaan DeFi dengan membenarkan pengguna bukan Ethereum (ETH) untuk stake token di platform ETH.

Pada masa yang sama, pengguna ETH dapat berinteraksi dengan protokol RAMP dan secara tidak langsung dapat membantunya untuk meningkatkan hasilnya.

Teknologi RAMP membolehkan modal terkumpul daripada rantaian blok bukan ERC-20 untuk dijamin menjadi stablecoin dikenali sebagai rUSD yang dikeluarkan pada blockchain Ethereum.

Penciptaan RAMP ditubuhkan oleh Lawrence Lim dan Loh Zheng Rong serta disokong oleh pertumbuhan pesat ekonomi yang telah mencapai lebih $300 bilion pada tahun 2021.

Melihat kepada carta RAMP/USDT, pergerakan harga RAMP juga tidak ketinggalan untuk terus menyusut selaras dengan nilai Bitcoin yang masih gagal menembusi paras harga $40,000.

Harga RAMP dilihat terus mengekalkan trend bearish pada pergerakan pasaran Jun dan kembali menguji paras sokongan sekitar harga $0.13-$0.14.

Sekiranya paras sokongan $0.13-$0.14 berjaya untuk mengekalkan semula lonjakan harga seperti yang pernah dicapai pada 24 Mei, zon SBR (support become resistance) $0.18-$0.20 bakal kembali diuji.

Untuk kenaikan yang lebih tinggi, reaksi harga pada zon SBR seterusnya sekitar $0.23-$0.25 bakal memberi petunjuk awal sebelum jangkaan harga bakal kembali membuat kenaikan yang lebih agresif.

Sebaliknya jika harga RAMP terus membuat penurunan, paras sokongan $0.13-$0.14 bakal ditembusi dan berkemungkinan bakal membuat penurunan yang lebih rendah jika pergerakan harga RAMP terus kekal dengan trend bearish.

Penurunan yang lebih rendah bakal mendorong harga RAMP untuk mencatatkan paras terendah sepanjang masa (ATL) yang terbaru bagi pergerakan pasaran 2021.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga RAMP membuat sedikit lonjakan melebihi 2% untuk diperdagangkan di atas paras sokongan sekitar $0.16.

Lihat gambar carta matawang kripto RAMP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat