Telcoin (TEL) Gagah Dalam Pasaran Bull Season, Hasilkan Untung Lebih 20,000%!

541

Telcoin (TEL) merupakan sebuah kripto berdasarkan blockhain Ethereum yang tidak berpusat, menjadi jambatan antara kripto, blockchain dan industri telekomunikasi.

Telcoin bertujuan untuk bekerjasama dengan nama-nama terkemuka dalam industri telekom seperti Verizon dan AT&T.

Ditubuhkan pada Julai 2017 di Singapura oleh Paul Neuner dan Claude Eguienta.

Fokus utama Telcoin adalah pasaran pengiriman wang dimana Telcoin turut bekerjasama dengan telekom global dan platform wang mudah alih, menyediakan pengguna pengiriman wang digital berkelajuan tinggi dan kos rendah kepada platform wang mudah alih dan e-wallet.

Awal bulan Julai, Telcoin memperkenalkan platform desentralisasi kewangan milik pengguna yang pertama didunia iaitu V3.

Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga TEL/USDT.

Tanpa jangkaan para pelabur, Telcoin telah membuahkan hasil yang lumayan pada Bull season yang lalu dengan menghasilkan lebih 20,000% lonjakan agresif menjelang pasaran 2021.

Ekoran itu, Telcoin mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras harga $0.064 pada 11 Mei yang lalu daripada paras terendah $0.0001695 yang pernah dicatatkan bermula 1 Januari 2021.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Tel dilihat sedang menyaksikan pergerakan harga yang lemah dan sedang berlegar-legar di atas paras sokongan sekitar $0.016 samada membuat correction atau meneruskan penurunan.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan trend penurunan, paras sokongan sekitar $0.016 tersebut bakal diuji kembali samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Namun jika pergerakan harga kembali mencorakkan trend kenaikan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $0.018 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sewaktu penulisan, TEL/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.016 susut lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-76 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto TEL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat