Teliti Carta USD/JPY Selepas Campur Tangan Jepun Minggu Lalu

167

Carta pasangan mata wang safe-haven UDS/JPY pada minggu lalu telah memaparkan pergerakan yang luar biasa susulan tindakan campur tangan kerajaan Jepun secara terus dalam pasaran.

Kerajaan Jepun bertindak sedemikian beberapa jam sahaja selepas keputusan mesyuarat bank pusat yang mengekalkan kadar faedah rendah serta dasar monetari yang longgar.

Disebabkan nilai Yen yang mencapai paras terendah 24 tahun berbanding US dolar telah mendorong kerajaan untuk campur tangan membeli Yen dalam pasaran sekaligus menguatkan mata wang tersebut.

Dapat diperhatikan carta harga USD/JPY pada Rabu lalu mengalami pergerakan drastik sehingga menimbulkan panik dalam pasaran dan turut memberi kesan pada instrumen dagangan lain termasuk saham, komoditi dan kripto.

Harga yang pada mulanya mencapai ketinggian terbaru sejak 1998 pada 145.900 kemudiannya telah menjunam sehingga mencecah paras 140.400.

Situasi tersebut telah membuatkan US dolar kehilangan momentum sementara namun kembali mengakhiri dagangan penghujung minggu dengan positif semula setelah isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) susulan kenaikan kadar faedah agresif kali ketiga berturut-turut.

Setelah harga mencecah paras terendah 2 minggu itu, kenaikan harga dipamerkan semula sehingga menutup dagangan penghujung sesi terakhir minggu tersebut sekitar 143.300.

Isyarat perubahan trend bullish harga dinilai semula selepas kenaikan harga berjaya melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY penghujung minggu lalu.

Menyambung dagangan pembukaan awal sesi minggu ini, kenaikan harga dilihat diteruskan lagi ke sekitar 144.200 dengan zon sekitar 145.00 akan menjadi tumpuan untuk diuji yang sebelum ini menjadi rintangan buat harga.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan mencapai semula ketinggian dicapai pada Rabu lalu atau berpotensi melepasinya dan mencapai paras tertinggi terbaru lagi sejak 1998 sekiranya US dolar terus kukuh ke atas Yen.

Namun ini menimbulkan persoalan adakah Jepun akan bertindak untuk campur tangan lagi dalam pasaran?

Untuk jangkaan penurunan harga pula, sekiranya harga susut di bawah paras sokongan MA50, zon sekitar 142.300 akan menanti harga untuk diuji.

Seterusnya, penurunan lebih rendah yang diteruskan akan kembali mencecah paras yang dicatatkan harga minggu lalu ketika terjunan drastik berlaku iaitu pada zon 140.400.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat