Teliti Jangkaan Pergerakan EUR/JPY Menjelang Mesyuarat ECB

382

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY kembali pamerkan penurunan semula pada Rabu semalam selepas corak kenaikan dipaparkan pada Selasa lalu di atas paras 130.500.

Harga bergerak ke paras ketinggian sekitar 130.700 semalam gagal mengatasi ketinggian dicapai pada minggu lalu sebelum harga menjunam semula mencecah paras sokongan sekitar 130.200 pada awal sesi Eropah semalam.

Sentimen pasaran yang berisiko dilihat akan memberi kelebihan kepada Yen sebagai mata wang safe-haven berbanding Euro.

Mesyuarat dasar monetari bank pusat Eropah pada hari ini bakal memacu pergerakan Euro selepas ini dengan jangkaan pelonggaran polisi masih akan dikekalkan.

Pergerakan harga yang bergerak semula di bawah paras 130.500 dan paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah memberi isyarat awal untuk pergerakan trend bearish harga semula.

Dengan tekanan yang semakin tinggi untuk Euro, harga dilihat akan menyambung penurunan menguji paras sokongan 130.00 pada zon tumpuan tersebut.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal menuju pula ke paras sekitar 129.300 yang menjadi antara paras sokongan harga pada dagangan penghujung Ogos lalu.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula, rintangan pada 130.500 akan cuba untuk tembusi harga sekali lagi untuk kembali memberi petunjuk untuk menyambung trend bullish seperti minggu-minggu sebelum ini.

Kenaikan harga dijangkakan untuk mengatasi ketinggian dicapai pada minggu lalu sebelum menuju ke paras ketinggian 131.00 pula untuk menguji zon rintangan terbaru itu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat