Teliti Kesan Pergerakan AUD/USD Selepas Data Inflasi Australia Diterbitkan

184

Data indeks harga pengguna Australia untuk suku tahun kedua yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini mencatatkan bacaan yang menurun kepada 1.8% berbanding jangkaan 1.9% daripada bacaan 2.1% sebelum ini.

Ini telah mengundang reaksi negatif terhadap pergerakan dolar Australia yang memaparkan penyusutan sebaik sahaja data diterbitkan.

Namun, pelabur meneliti kadar inflasi di Australia yang masih berada di paras tertinggi 21 tahun yang dipengaruhi oleh kos makanan dan bahan api.

Justeru, penyusutan dolar Aussie tidak kekal lama apabila dilihat melantun semula pada dagangan yang bersambung ke sesi Eropah petang ini.

Jika diperhatikan pergerakan harga di carta pasangan mata wang AUD/USD pada sesi Asia pagi ini, harga yang berlegar di sekitar 0.69500 telah susut sekitar 40 pips ketika data inflasi Australia diterbitkan.

Namun belum menyentuh paras tumpuan pada 0.69000, harga melantun semula dan memaparkan pergerakan mendatar bersambung di sesi Eropah.

Terdapat isyarat untuk pergerakan bearish ekoran penurunan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD hari ini.

Berkemungkinan jika penurunan diteruskan, harga akan cuba untuk melepasi zon sokongan harga pada 0.69000 sebelum melanjutkan penurunan lebih rendah menuju sekitar 0.69300.

Pergerakan bearish lebih jelas boleh mendorong harga untuk mencecah semula sehingga ke paras 0.67000 yang telah diuji pada dagangan pertengahan Julai lalu.

Sebaliknya jika harga memaparkan corak kenaikan yang lebih kukuh, rintangan yang menjadi tumpuan untuk diuji adalah pada 0.7000 setelah kenaikan mengatasi ketinggian dicapai Selasa semalam.

Sekiranya kenaikan berjaya menembusi zon 0.7000 tersebut, sasaran utama yang akan diuji seterusnya adalah pada zon tumpuan sebelum ini iaitu di ketinggian 0.71000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat