Teliti Perkembangan Pasaran Kewangan & Komoditi Di Awal Minggu

356

Meneliti pergerakan harga pasaran pada pembukaan dagangan awal minggu semalam, US dolar menjadi tumpuan utama pelabur di mana dilihat gagal untuk pamerkan prestasi cemerlang selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu diharapkan untuk memacu pengukuhan US dolar.

Berkemungkinan faktor angka bagi laporan pekerjaan yang agak bercampur dengan peningkatan kadar pengangguran sedikit mengganggu momentum US dolar walaupun pertambahan pekerjaan pada bulan Januari di AS meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan.

Justeru, pergerakan harga dilihat lebih suram pada awal minggu sehingga sesi New York semalam dan boleh berlarutan sehingga ke penghujung minggu ekoran kekurangan data-data ekonomi penting pada minggu ini berbanding minggu lalu.

Mata wang Eropah juga dilihat gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhan yang dipaparkan minggu lalu apabila menerima suntikan positif oleh bank pusat dalam keputusan mesyuarat polisi masing-masing.

Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde meredakan spekulasi kenaikan kadar faedah apabila menyampaikan kenyataan di parlimen Eropah bahawa tiada tanda-tanda untuk inflasi akan melebihi paras sasaran 2% untuk tempoh yang sederhana.

Turut menambahkan tekanan buat Euro apabila data pengeluaran perindustrian Jerman diterbitkan dengan angka yang lemah pada sesi Eropah semalam.

Pound Sterling juga turut suram pada awal minggu dengan tumpuan akan terarah pada ucapan Gabenor bank pusat England, Andrew Bailey pada Khamis serta terbitan data pertumbuhan ekonomi UK pada Jumaat.

Mata wang berkaitan komoditi seperti dolar Kanada dan dolar Australia sedikit meningkat di awal minggu ekoran pergerakan US dolar yang kurang memberi tekanan.

Emas berjaya memacu ke paras lebih tinggi walaupun momentum pada corak kenaikan harga sebelum ini agak sederhana. Kenaikan harga telah berjaya melepasi paras $1,820 sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Minyak mentah pula pamerkan penurunan dari paras tertinggi beberapa tahun yang dicapai dengan harga minyak WTI berlegar di paras harga sekitar $91.20 setong.

Pasaran saham pula didagangkan bercampur, sedikit sukar untuk memberikan isyarat lebih jelas terhadap sentimen pasaran semasa buat pelabur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat