Teliti Reaksi Pasaran Bursa Malaysia Setelah Cuti Perayaan Aidiladha

92

Dagangan Bursa Malaysia diniagakan sedikit tinggi pada hari ini selepas ditutup pada semalam sempena perayaan Aidiladha dan dipengaruhi oleh prestasi semalaman Wall Street yang baik.

Pasaran saham AS catatkan peningkatan semula setelah mengalami kerugian susulan tumpuan pelabur lebih terarah kepada pertumbuhan ekonomi dan perkembangan penularan Covid-19 varian Delta.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.64 mata kepada 1,520.61 berbanding 1,519.97 ketika ditutup pada Isnin.

Lapor Bernama, indeks diperdagangkan 1.40 mata lebih tinggi kepada 1,521.37.

Mengkaji kepada pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 175 berbanding 160, manakala 309 kaunter tidak berubah, 1,599 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 261.32 juta unit bernilai RM150.66 juta.

Menurut Malacca Securities, KLCI suram pada hari Isnin susulan aktiviti profit taking pada saat-saat terakhir sebelum menutup pasaran sempena cuti umum Aidiladha.

Namun begitu, sektor bertema pemulihan terpilih mungkin bakal menjadi tumpuan setelah kawalan pergerakan (EMCO) dipertingkatkan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan firma broker, faktor pemulihan Nasdaq berkemungkinan akan mendorong stok teknologi bakal pamerkan keterujaan pada minggu ini.

Tambah firma broker, minat belian terhadap sektor seperti pangguna, pembinaan dan harta tanah bakal menjadi perhatian pelabur selepas EMCO di beberapa Kawasan telah ditamatkan.

Bagi saham aktif, Maybank naik dua sen kepada RM8.05, Petronas Chemicals melonjak lima sen kepada RM8.05, TNB dan IHH Healthcare masing-masing meningkat satu sen kepada RM9.77 dan RM5.76 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.04.

Seterusnya, Haily Group ‘meroket’ sembilan sen kepada 77 sen, Ramssol Group naik 4.5 sen kepada 71.5 sen dan waran Pasukhas Group meningkat 2.5 sen kepada 71.5 sen.

Manakala, Pasukhas turun 1.5 sen kepada sembilan sen dan Sapura Energy tidak berubah pada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 6.91 mata kepada 11,119.38, Indeks FBMT 100 mengukuh 7.18 mata kepada 10,822.95 dan FBM ACE naik 20.55 mata kepada 7,279.76.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 10.71 mata kepada 12,200.04 dan FBM 70 naik 20.10 mata kepada 14,539.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.49 mata kepada 14,882.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.52 mata kepada 188.91 serta Indeks Perladangan meningkat 5.31 mata kepada 6,240.20.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat