Teliti Rincian Minit Mesyuarat RBA Untuk Hala Tuju Dasar Monetari Seterusnya!

109

Minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) edisi Jun menunjukkan bahawa para penggubal dasar tetap komited untuk melakukan apa yang perlu bagi memastikan inflasi di Australia kembali ke sasaran dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan beberapa indikasi yang dinyatakan dalam minit mesyuarat yang baru sahaja diterbitkan:

  • Bersetuju langkah selanjutnya perlu diambil untuk menormalkan dasar monetari di Australia dalam beberapa bulan akan datang.
  • Inflasi dijangka terus meningkat, sebelum menurun semula ke sekitar julat sasaran 2-3% pada 2023.
  • Daya tahan ekonomi paling ketara dapat dilihat dalam pasaran buruh.
  • Terdapat risiko ketara bahawa inflasi tidak akan kembali kepada sasaran jika tetapan dasar semasa dikekalkan.
  • Penggubal dasar merasakan kenaikan 25 mata asas dalam setiap mesyuarat tahun ini akan menjadi pengetatan yang pantas.
  • Bersetuju untuk peningkatan 50 mata asas pada mesyuarat Jun kerana tahap kadar faedah masih sangat rendah.
  • Kenaikan 25 atau 50 mata asas akan meletakkan kadar tunai di bawah 1%, yang masih lagi di tahap pelonggaran. Oleh itu, peningkatan selanjutkan akan diperlukan.

Reaksi yang dipaparkan dolar Aussie susulan penerbitan ini melihatkan mata wang itu didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 0.69700 berbanding USD.

Sebelum pengeluaran minit mesyuarat tersebut, pelabur telah diperlihatkan dengan ucapan Gabenor Philip Lowe yang turut memberi petunjuk sama untuk menormalkan polisi dalam memerangi inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat