Teliti Sentimen Matawang Utama Setakat Sesi Pasaran Eropah

750

Sebelum pasaran memberi tumpuan terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini, teliti dahulu sentimen matawang utama setakat sesi Eropah petang ini.

Bermula pada sesi Asia, data jualan runcit di Australia dikeluarkan dengan bacaan untuk bulan Jun menunjukkan kenaikan kepada 0.4% mengatasi jangkaan pasaran 0.3% berbanding bacaan terdahulu di paras 0.1%.

Namun begitu, dagangan dolar Australia gagal untuk mengukuh ekoran sentimen pasaran yang berisiko setelah Presiden Amerika Syarikat mengumumkan tarif tambahan bakal dikenakan ke atas baki barangan import China yang bernilai $300 bilion dolar.

Dolar Kanada dipengaruhi oleh pasaran minyak yang merosot selepas isu tarif Trump berlegar dalam pasaran namun, pergerakan harga pada Loonie agak terhad. Tumpuan akan terarah pula data imbangan dagangan Kanada yang akan diterbitkan bersama laporan data pekerjaan NFP pada jam 8.30 malam nanti.

Matawang Yen antara yang paling mengukuh dalam pasaran untuk dagangan penghujung minggu disokong oleh sentimen pasaran yang kembali berisiko. Yen mendominasi pergerakan harga berbanding carta pasangan matawang utama yang lain ekoran tarikan pelabur terhadap aset safe-haven.

Euro sebagai matawang anti-USD kembali mencatatkan kenaikan setelah mencecah ke paras terendah 2 tahun dan meneruskan kenaikan sehingga sesi pasaran Eropah hari ini.

Sementara dagangan Pound Sterling pula masih berisiko selepas keputusan mesyuarat bank pusat England bersifat dovish susulan kadar faedah terus dikekalkan. Bank pusat dilaporkan menurunkan unjuran pertumbuhan di samping risiko Brexit masih menjadi faktor yang mempengaruhi keputusan mesyuarat.

Dagangan dolar Amerika Syarikat kembali didagangkan lemah selepas Donald Trump mengumumkan tarif terbaru akan dikenakan ke atas China. Beliau sebelum ini juga nyata kecewa terhadap keputusan mesyuarat FOMC yang kembali mengukuhkan dagangan USD dalam pasaran.

USD bakal dipengaruhi oleh laporan pekerjaan NFP pada malam ini pula dengan pasaran menjangkakan pertambahan pekerjaan untuk bulan Julai adalah lemah. Bacaan laporan yang merosot akan mengekalkan momentum penurunan harga oleh USD untuk menutup tirai dagangan pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat