Tema Pasaran Global Yang Berisiko Semakin Meningkat Dengan Ancaman Baru Trump Terhadap Mexico, Yen Bakal Mengukuh.

490

Pasaran hari ini bermula rendah lagi berikutan tindakan terbaru Donald Trump yang mengancam Mexico pula selepas China. Beliau pada hari Khamis berkata AS akan mengenakan tarif 5% ke atas semua barangan Mexico mulai 10 Jun dan ia boleh naik sebanyak 25% pada 1 Oktober.

Bukan itu sahaja, sentimen pasaran hari ini juga terjejas atas faktor tinjauan PMI sektor perkilangan China yang hadir di bawah indeks 50.0 mata iaitu sebanyak 49.4 sahaja dan rendah daripada ramalan pasaran. Ini merupakan penguncupan pertama dalam aktiviti perkilangan China sejak Februari ekoran ketegangan perdagangan yang semakin membara antara China dan A.S.

Susulan kedua-dua hal ini, Yen mengukuhkan kedudukannya sebagai status matawang safe-haven sewaktu sentimen pasaran yang sedang berisiko dengan sokongan tambahan bahawa China telah menghentikan pembelian kacang soya Amerika di tengah-tengah perselisihan perdagangan.

Tumpuan pasaran pada sesi New York malam ini akan beralih kepada data KDNK Kanada yang dijangka terdapat kenaikan daripada -0.1% sebelum ini kepada 0.4%. Tidak lupa juga dalam kalendar Amerika Syarikat di mana data perbelanjaan dan pendapatan individu diunjurkan menurun atas faktor purata pendapatan dan jualan runcit A.S. yang kurang memberangsangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat