Tembok 1.4000 Masih Belum Berjaya GBP/USD Tembusi

476

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam memberikan harapan terhadap pelabur apabila memaparkan kenaikan pada sesi Eropah dan di awal sesi New York.

Namun kegembiraan tidak berpanjangan apabila harga yang kembali menguji paras 1.40000 membuat terjunan semalam susulan pengukuhan US dolar selepas ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Sentimen positif belanjawan UK yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Rishi Sunak nampaknya belum cukup untuk melonjakkan nilai Pound mengatasi pengukuhan ketara US dolar dalam pasaran.

Selepas kenaikan mencecah paras rintangan 1.40000, harga telah susut semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa  1 jam untuk isyarat trend bearish semula.

Selepas harga jatuh di bawah paras 1.39000, dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi Jumaat berlegar lemah di sekitar paras 1.38800 pada zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah melepasi zon RBS itu dilihat akan menuju pula ke paras sokongan sekitar 1.37000.

Sebaliknya jika harga mendapat rentak untuk membuat kenaikan semula, paras rintangan 1.40000 sekali lagi akan diuji untuk memecahkan trend menurun harga.

Kenaikan lebih tinggi melepasi rintangan tersebut akan menuju ke paras SBR (support become resistance) 1.41000 sebelum menguji zon resistance 1.42000.

Pelabur akan memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini yang akan mempengaruhi pergerakan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat