Tembok China Akhirnya Ditebuk! Vaksin BioNTech Masuk Pasaran Shanghai

261

‘Lepas ni ada banyak pilihan lah warga China nak dicucuk vaksin flavor apa.’

Pelonggaran dasar sifar-Covid China tampak membuka ruang untuk syarikat vaksinasi Jerman, BioNTech memasuki pasaran Tembok Besar.

Terbaru syarikat mengesahkan 11,500 dos vaksin BioNTech Covid-19 selamat mendarat di China untuk diberikan kepada warga Jerman yang menetap di sana.

Kenyataan rasmi syarikat mendedahkan jumlah vaksin itu cukup untuk diberikan kepada semua atau setengah daripada 20,000 orang Jerman yang menetap di China.

Vaksin yang dihantar pula jenis yang memiliki rantaian virus Covid-19 asli dan sub-varian Omicron BA.4/BA.5 tidak aktif.

Ia juga menandakan kehadiran pertama vaksin luar negara dalam pasaran China selepas sebelum ini kerajaan Xi Jinping hanya membenarkan penggunaan vaksin keluaran tempatan sahaja.

Ulas Ketua Pegawai Perniagaan dan Komersial BioNTech, Sean Marett, ia merupakan detik bersejarah di China selepas pelonggaran dasar sifar-Covid mereka.

Selain itu, Marett juga menzahirkan keterujaan untuk menjalin hubungan rakan kongsi lebih erat dengan China dalam menangani wabak Covid-19.

Umumnya, BioNTech bekerjasama dengan Shanghai Fosun Pharmaceutical dalam membawa masuk vaksin itu ke China.

Dalam pada itu, jumlah sebenar kes Covid di China diragui dengan firma data kesihatan Britain Airfinity yang berpangkalan di sana menganggarkan jangkitan melebihi 1 juta sehari dengan kematian hampir 5,000 orang.

Desas-desus kuat mengatakan pegawai kesihatan dan kerajaan China menyembunyikan angka sebenar kes jangkitan selepas pelonggaran dasar sifar-Covid bagi meredakan kebimbangan serta protes yang berlaku beberapa minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat