Tembus Pagar $1.0600, EUR/USD Terpacak Naik Sebab USD Lemah!

224

Mata wang Euro memanfaatkan kesempatan di pembukaan awal minggu semalam terhadap penyusutan yang berlaku ke atas US dolar untuk capai paras tertinggi terbaru 5 minggu.

Indeks dolar kembali susut, begitu juga hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) jatuh semula dari paras tertinggi dicapai sejak 2007, telah mendorong penyusutan US dolar khususnya di sesi New York semalam.

Tumpuan hari ini akan terarah kepada data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Jerman dan AS yang bakal pengaruhi kedua-dua mata wang Euro dan US dolar itu.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah berjaya bergerak naik menembusi zon rintangan minggu lalu iaitu 1.06000.

Seperti yang diperhatikan penganalisis, trend kekal bullish dengan harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Selepas menembusi 1.06000, harga telah melonjak mencapai ketinggian terbaru pada sekitar 1.06750.

Perlahan di sekitar itu pada penutup sesi New York, harga menyambung kenaikan di sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan sasaran untuk menguji paras tumpuan pada 1.07000.

Jika paras tersebut juga berjaya ditembusi minggu ini, sasaran akan beralih pula pada 1.08000 untuk corak kenaikan harga yang diteruskan.

Sebaliknya jika harga kembali papar penurunan semula, berkemungkinan zon 1.06300 hingga 1.06000 akan menjadi tumpuan semula dan harga bakal memberi reaksi di sekitar itu.

Jika tembus lebih rendah ke bawah, pelabur akan bersedia untuk kejatuhan harga semula susulan isyarat awal bagi perubahan trend tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat