Tenang Di Hujung Minggu Sebelum Ribut Melanda Minggu Depan

188

Pasaran ekuiti akhirnya memecahkan kebuntuan aliran bearish apabila dolar bergerak lemah dengan harapan pelonggaran sekatan Covid-19 China memberi sinar harapan kepada pemulihan ekonomi global.

Semalam Perdana Menteri China, Li Keqiang mengumumkan peralihan dari dasar sifar Covid yang akan memberi ruang kepada ekonomi Negara Tembok Besar itu bergerak semula.

Ulas ketua strategi pelaburan Inverness Counsel, Tim Ghriskey, berita itu menandakan China bersedia kembali ‘beroperasi’ dan aktiviti pengeluaran akan bersambung semula seterusnya boleh menurunan inflasi.

Sambungnya lagi ketika inflasi mulai turun, maka ia memberi ruang kepada Federal Reserve (Fed) memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Berita positif itu tampak membantu pasaran Wall Street apabila saham syarikat China yang tersenarai di Amerika Syarikat (AS) memasuki rali.

Indeks Dow Jones Industrial naik 0.54%, S&P 500 canak 0.75% dan Nasdaq Composite tambah 1.13%.

Di rantau Eropah, STOXX 600 turun 0.17% ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan sementara tolok MSCI saham global melonjak 0.68%.

Sesi dagangan Asia pagi ini pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun naik 0.93%, Topix tambah 0.94%, S&P/ASX 200 Australia lonjak 0.33%, Kospi Korea Selatan capai 0.28%, Kosdaq canak 0.67% dan MSCI Asia Pasifik raih 0.2%.

Dalam pada itu, pemain pasaran kembali menjangkakan Fed akan mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas minggu depan berdasarkan nada dovish oleh Jerome Powell sebelum ini.

Hasilnya dapat dilihat dengan nota Perbendaharaan 10 tahun naik 8.5 mata asas pada 3.493%, tatkala pelabur menantikan mesyuarat Fed dan laporan inflasi minggu depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat