Tenang Semua, Ini Kenyataan Terbaru Biden Tentang Peluru Berpandu Di Poland!

492

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menolak kemungkinan bahawa peluru berpandu yang meragut dua nyawa di Poland adalah daripada Rusia.

Menjawab kepada soalan wartawan sama ada peluru berpandu tersebut ditembak Rusia, Biden menolak untuk mengatakannya sehingga siasatan dilakukan sepenuhnya.

Letupan di kemudahan bijirin berhampiran sempadan Ukraine berlaku ketika Rusia melancarkan siri serangan peluru berpandu yang menyasarkan infrastruktur tenaga Ukraine.

Ini sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa konflik tersebut akan meningkat, lebih-lebih lagi Poland adalah anggota NATO.

Kementerian luar Poland menyatakan roket itu jatuh di Przewodów, sebuah kampung kira-kira 6km daripada sempadan dengan Ukraine.

Bagaimanapun, Kremlin menafikan dakwaan tersebut walaupun pegawai Poland berkata peluru berpandu itu buatan Rusia.

Sementara itu dalam laporan berasingan, Presiden Poland Andrzej Duda tiada bukti sahih mengenai dalang yang melepaskan peluru berpandu tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat