Tenang, Tak Semua Akan Dikenakan Cukai Oleh Biden

579

Isu kenaikan cukai keuntungan modal yang telah mencetuskan huru-hara dalam pasaran kewangan minggu lalu, dikatakan hanya disasarkan kepada sebahagian kecil sahaja dari golongan berpendapatan tinggi, menurut seorang pegawai kanan pentadbiran Biden kepada Financial Times pada hari Isnin.

Menurut sumber tersebut, hanya 0.3% orang yang memfailkan cukai di AS akan dikenakan cukai yang lebih tinggi atas pelaburan mereka.

Ini selari dengan laporan sebelum ini yang mengatakan Biden mencadangkan mereka yang berpendapatan lebih $1 juta setahun akan dikenakan cukai. Menurut Bloomberg News, yang memetik data IRS dari 2018, 0.3% orang Amerika melaporkan memperoleh lebih dari $ 1 juta dari keuntungan modal.

Pada minggu ini, Presiden AS, Joe Biden dijangka akan melancarkan rancangan kenaikan cukai, termasuk pungutan keuntungan dan dividen yang hampir dua kali ganda untuk membiayai pakej baru perbelanjaan pendidikan dan penjagaan anak yang mungkin mencapai $1.5 trilion.

Cukai semasa ke atas keuntungan modal dan dividen ditetapkan pada 20%. Namun, di bawah rancangan baru, ia akan dianggap sebagai pendapatan biasa pada kadar tertinggi yang ingin ditetapkan oleh Biden pada 39.6%, meningkat daripada 37%.

Dengan tambahan daripada kenaikan pendapatan pelaburan yang diperkenalkan oleh Barack Obama sehubungan dengan reformasi penjagaan kesihatannya, ini akan menjadikan kadar cukai AS atas keuntungan modal dan dividen menjadi 43.4%.

Terdahulu, Presiden Biden telah menerima kritikan hebat daripada Wall Street dan Silicon Valley susulan laporan beliau akan meningkatkan cukai ke atas golongan berpendapatan tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat