Tencent Beli Iflix Untuk Lebarkan Pasaran Di Asia Tenggara

356

Tencent Holdings Ltd. pada hari ini dilaporkan telah membeli platform video Malaysia, Iflix dalam usaha untuk mengembangkan pasaran di seluruh Asia Tenggara.

Tencent percaya bahawa Iflix yang mengentengahkan tiga pilihan kandungan hiburan iaitu antarabangsa, lokal dan asli mampu melebarkan perkhidmatan ke penstriman video luar negara, WeTV yang dilancarkan di Thailand pada 2019.

Selepas ini WeTV akan dipenuhi dengan pelbagai jenis platform hiburan yang turut menyediakan hiburan dari Netflix dan iQIYI.

Walaupun jumlah pembelian itu tidak didedahkan, media hiburan di Amerika Syarikat, Variety memberitahu bahawa penjanjian itu melibat puluhan juta dolar. Ini menjadikan perjanjian itu bernilai lebih kecil daripada $1 bilion yang diminta Iflix untuk penyenaraian awam di Australia pada 2019.

Iflix berjaya mengaut keuntungan melebihi $300 juta dengan 25 juta pengguna aktif seluruh Asia Tenggara. Namun, mereka tidak dapat menolak bahawa mereka juga terpaksa berhadapan dengan kerugian dan masalah kewangan yang besar.

Tencent juga dilihat berusaha untuk memanfaatkan kewujudan penggunanya yang berkembang di China di mana syarikat itu mengendalikan perkhidmatan penstriman muzik, JOOX dan permainan mudah alih, PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Berdasarkan rekod pada akhir Mac lalu, Tencent Video memiliki lebih 110 juta pelanggan berbayar di China.

Manakala pada Jun dilaporkan Tencent dalam permulaan untuk menjadi pemegang saham terbesar iQIYI. Kedua-dua pihak tidak memberi sebarang ulasan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat