Tengah Berdebar Tunggu Sidang Kemuncak EU, Euro Sempat Naik Semula

654

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba apabila para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) akan bertemu pada hari ini untuk membincangkan mengenai pelan dana pemulihan Eropah yang bernilai €750 bilion.

Sidang kemuncak yang akan berlangsung selama dua hari itu membawa harapan pasaran supaya kesepakatan untuk membantu negara-negara yang terjejas pulih dari krisis Covid-19 dapat dicapai secepatnya.

Pada Mei lalu, Suruhanjaya Eropah telah mencadangkan untuk meminjam sebanyak €750 bilion dari pasaran awam dengan tujuan untuk mengagihkan wang €500 bilion melalui bentuk geran dan €250 bilion lagi dalam bentuk pinjaman.

Bagaimanapun, dengan keengganan Denmark, Sweden, Austria dan Belanda untuk melaksanakan hutang bersama dan lebih memilih untuk memberikan sokongan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada negara-negara yang terkesan, ia akan memberi cabaran yang besar kepada Kesatuan itu.

Canselor Jerman, Angela Merkel pula tidak terlalu optimis dalam menyatakan pandangannya menjelang sidang kemuncak ini dan mengatakan rundingan akan menjadi sangat sukar kerana perbezaan pendapat yang sangat besar.

Namun begitu, terdapat beberapa pemimpin EU yang masih optimis mengenai peluang untuk mencapai kesepakatan dalam perbincangan ini.

Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron menyatakan keyakinan mereka terhadap kemungkinan bahawa pencapaian persetujuan dalam pelan pemulihan ini boleh berlaku.

Menjelang berlangsungnya sidang kemuncak EU, euro kembali didagangkan meningkat berbanding USD, diangkat oleh harapan pasaran bahawa para pemimpin EU dapat mencapai kesepakatan dalam perbincangan kali ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat