Tenggelamnya China Sebagai Hub Perlombongan Bitcoin (BTC), Hash Rates Kini 0%

3,327

Boleh dikatakan, lebih sedekad China menjadi negara yang mendominasi industri perlombongan Bitcoin (BTC), menyumbang sehingga 75% hash rates seluruh dunia.

Hari demi hari, rekod ini mencatatkan penyusutan mendadak sehingga China tidak lagi menjadi hub perlombongan Bitcoin, malah digantikan dengan Amerika Syarikat (AS).

Perubahan negatif ini dapat dilihat pada perpindahan lambakan pelombong ke luar negara seperti AS, Kazakhstan, dan Rusia.

Berdasarkan laporan pada minggu lepas, kadar hash rates daripada ketiga-tiga negara itu mencatatkan:

  • AS: 35.4%
  • Kazakhstan: 18.1%
  • Rusia: 11.2%

Lebih parah, dalam perkembangan terbaru hash rates China kini telah mencecah angka sifar susulan daripada pengharaman aktiviti berkaitan matawang kripto di negara itu.

Ketua Aset Digital di CCAF, Michel Rauchs mendapati penyusutan mendadak daripada rekod 75.53% kepada 0% adalah yang kali pertama pada September 2021. Hash rates global ikut serta menanggung impak, susut daripada 180.67 juta terahashes sesaat ke paras terendah 84.79 juta sesaat.

Negara-negara lain: AS, Kazakhstan, dan Rusia mula menunjuk langkah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan China.

Manakala, Kanada, Ireland, Malaysia, dan Jerman pula dilihat bersedia untuk menampung kekurangan ini cuma masih belum ada kepastian yang jelas.

Barangkali keputusan yang diambil oleh Hatten Land untuk membuka hub perlombongan kripto di Malaysia akan kembali menyokong hash rates yang lebih kukuh.

Manakala El Salvador pula, sudah memulakan aktiviti perlombongan kripto menggunakan tenaga geoterma pada 1 Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat