Tentera China Sedia Hadapi Provokasi Amerika!

1,127

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China bersedia untuk bertindak balas terhadap provokasi yang datang dari mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat, kata jurucakap komando tentera China pada hari Rabu.

Kenyataan itu dibuat susulan kapal pemusnah peluru berpandu USS Wilbur (DDG-54) yang dikesan berlayar melalui perairan antarabangsa di Selat Taiwan pada Selasa.

Menurut laporan Global Times, Kolonel Kanan Zhang Chunhui menuduh AS sengaja menimbulkan masalah di rantau itu dengan sengaja menggugat keselamatan wilayah, mengancam keamanan dan kestabilan di Selat itu.

Ini adalah kali keenam kapal perang AS melayari Selat Taiwan sejak Joe Biden menjawat jawatan presiden AS pada 20 Januari, lapor media itu. Kali terakhir USS Curtis Wilbur belayar melalui Selat adalah pada 18 Mei, menurut pemantauan yang dilakukan oleh Komando PLA.

Pemerhati tentera daratan China juga menyatakan bahawa setiap kali kapal perang AS melayari Selat Taiwan, PLA memantau dan mengesan pergerakannya dengan pesawat perang dan kapal perang, menunjukkan bahawa PLA mempunyai kawalan penuh ke atas wilayah tersebut.

Sementara itu, menurut Wei Dongxu, seorang pakar ketenteraan yang berpusat di Beijing mendakwa provokasi dari kapal perang AS di Selat itu adalah bertujuan menimbulkan masalah antara tanah besar China dan pulau Taiwan untuk memberi sokongan kepada para pemisah Taiwan.

Amerika Syarikat sebelum ini telah menjalin kesepakatan bersama negara-negara G7 lain dengan mengecam dasar China mengenai perdagangan dan hak asasi manusia di Xinjiang dan Taiwan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat