Tentera Rampas Kuasa, Myanmar Darurat

1,474

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi sekali lagi ditahan oleh angkatan tentera negara itu bersama-sama beberapa ahli politik lain hari ini.

Susulan penahanan itu, tentera Myanmar mengisytiharkan darurat selama setahun dan akan melakukan peralihan kuasa pentadbiran kerajaan.

Kudeta yang dijalankan oleh tentera Myanmar itu berlaku berikutan tekanan memuncak antara kerajaan dan tentera susulan pertikaian dalam pilihan raya negara itu baru-baru ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh tentera, ketua komander iaitu Min Aung Hlaing akan mengambil alih peranan Suu Kyi sebagai ketua negara itu.

Lapor BBC, angkatan tentera berkawal di sekitar bandar Nay Pyi Taw dan Yangon.

Pada pilihan raya November lalu, parti pimpinan Suu Kyi iaitu Liga Demokrasi Nasional (NLD) memenangi majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, tentera mempertikaikan keputusan pilihan raya dan memfailkan aduan di Mahkamah Agung terhadap Presiden dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Suu Kyi sebelum ini menjadi tahanan rumah selama hampir 15 tahun antara 1989 dan 2010.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) mengecam tindakan kudeta itu dan menegaskan Washington membantah sebarang usaha untuk mengubah keputusan pilihan raya atau menghalang peralihan demokratik.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menggesa kesemua pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat dibebaskan serta mendesak tentera Myanmar berundur.

Rangkaian data Internet dan telefon terjejas di bandar-bandar utama berikutan kebanyakan syarikat telko menghentikan perkhidmatannya.

Selain itu, stesen penyiar antarabangsa juga dilarang daripada membuat sebarang liputan berita.

Ekoran situasi politik terbaharu itu, bank-bank Myanmar turut terpaksa menutup semua perkhidmatan kewangannya buat sementara waktu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat