Tentera US Di Afghanistan Akan Dikekalkan, Harga Emas Jatuh Pada Pasaran Asia.

52

Harga emas jatuh pada sesi Asia hari ini selepas Presiden Donald Trump membentang strateginya untuk mengekalkan tentara US di Afghanistan sejak campur tangan mereka di sana 16 tahun yang lalu dengan menguatkan lagi sokongan terhadap kerajaan di Kabul dan sekutunya di Pakistan bagi menentang pengganas.

Kontrak emas bagi bulan Disember di Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) susut 0.19% kepada $1,294.32 per ounce setakat jam 11.30 pagi.

Pada awal sesi pasaran, emas masih bergerak menghampiri paras tertinggi semalam berikutan kelemahan dolar yang disebabkan oleh kebimbangan risiko geopolitik di Korea Utara selepas US dan Korea Selatan akan memulakan latihan ketenteraan berkomputer mereka secara bersama tidak lama lagi.

Ketegangan berlaku selepas ketua negara Korea Utara, Kim Jong Un mendakwa latihan tersebut adalah satu bentuk persediaan untuk menyerang negara mereka. Tekanan terhadap dolar meningkatkan permintaan pasaran safe-haven sekaligus menyokong kenaikan harga emas.

Pyongyang memberi amaran bahawa latihan tahunan tentera US-Korea Selatan ini adalah satu tindakan yang melulu dan boleh membawa kepada perang nuklear yang tidak terkawal.

Selain daripada ketegangan geopolitik di semenanjung Korea yang meningkat, para pelabur turut bimbang jika kontroversi terkini yang melanda politik Trump akan menjadi punca penangguhan pengenalan agenda baru perkembangan ekonomi beliau.

Secara keseluruhan, trend emas masih ke atas. Walau bagaimanapun, tekanan terhadap pasaran logam berharga ini akan mula dilihat selepas ucapan Janet Yellen atau Mario Draghi pada persidangan pada hari Sabtu nnti. Jika nada secara keseluruhannya hawkish akan menguatkan dolar, sekaligus menurunkan permintaan emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat