Teori Konspirasi QAnon, 7,000 Akaun Twitter Dilenyapkan!

277

Twitter tidak memberi muka apabila platform mereka menjadi ruang perkongsian teori konspirasi parti haluan kanan yang dikenali sebagai QAnon, hingga tular ke seluruh pelusuk laman sosial itu.

Dikatakan sekitar 150,000 akaun Twitter seluruh dunia akan terkesan dengan tindakan tegas ini dan lebih daripada 7,000 akaun telah dibuang sejak beberapa minggu lalu.

Hal ini berikutan QAnon melanggar beberapa polisi syarikat termasuk spamming, manipulasi media sosial dan larangan pengelakan.

QAnon merupakan teori konspirasi yang menular di laman sosial, dengan majoriti pengikutnya adalah penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Penyokong QAnon ketika ini percaya pengkhianat ‘deep state’ sedang merancang melawan Trump. Malah, mereka juga turut dikaitkan dengan beberapa dakwaan palsu termasuk teori konspirasi melibatkan syarikat perabot AS dan tuduhan pemerdagangan kanak-kanak.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mempunyai ikatan bersama Pizzagate, konspirasi yang menuduh Hillary Clinton dengan dakwaan pemerdagangan seks di luar Washington.

Tindakan yang diambil oleh pihak Twitter adalah berdasarkan keprihatinan terhadap risiko luar talian (offline harm) berikutan daripada isu pada 2019, di mana pihak FBI telah mengeluarkan amaran berkenaan QAnon sebagai potensi ancaman ekstremis domestik.

Tidak dinafikan teori konspirasi yang dikemukakan begitu rumit, pelik dan tidak masuk akal. Namun, penerimaan teori konspirasi tersebut begitu luas hingga melibatkan pihak berkuasa dan media.

Di Oregon misalnya, penyokong QAnon berjaya tercalon sebagai calon republik negeri untuk Senat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat