Tepat Sasaran, FOMC Lunaskan Janji 50 Mata Asas

541

Pada jam 3 pagi mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) melaksanakan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, menepati ramalan konsensus pasaran.

Ia membawa jumlah kadar keseluruhan yang dinaikkan oleh bank pusat Federal Reserve (Fed) sebanyak 4.50%, kenaikan kecil berbanding 75 mata asas sebanyak 4 kali sebelum ini.

Kenaikan kecil itu dilaksanakan seiring komen dovish Pengerusi Fed Jerome Powell sebelum ini berdasarkan tindak balas ekonomi terhadap kesan kumulatif pengetatan dasar yang memerlihatkan inflasi menurun.

Sungguhpun begitu, Powell dalam kenyataan rasminya mengatakan kenaikan yang di buat ‘masih terbesar dari segi sejarah’ dan ‘Fed akan terus menaikkan kadar lagi’ selepas ini.

Melihat kepada keseluruhan pasaran itu sendiri, kadar inflasi masih lagi tinggi 7.1% pada November walaupun turun dari 7.7% semasa Oktober.

Suka diingatkan bahawa kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) sebelum ini memuncak setinggi 9.1% pada Jun.

Melangkah ke hadapan Fed mengeluarkan unjuran ekonomi AS berkembang pada 0.5% tahun depan sementara kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 4.6%.

Bagi kadar inflasi pula kebanyakan pakar ekonomi meramalkan kenaikan harga akan tetap melebihi 3% pada 2025 iaitu lebih tinggi dari sasaran 2% Fed.

Ulas ketua strategi global Principal Asset Management, Seema Shah, Fed dilihat masih ragu-ragu dengan prospek kemelesetan tetapi rata-rata pegawai mempertimbangkan risiko kecondongan ke arah bawah, prospek ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat