Tepati Jangkaan, BNM Kekalkan OPR Pada 3.00%!

296

Akhirnya terjawab persoalan selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk kekal dengan kadar dasar semalaman pada 3.00%.

Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM adalah selari dengan jangkaan kebanyakan penganalisis yang turut melihat bank pusat itu akan mengekalkannya tidak berubah pada tahun ini.

Berikut merupakan rincian utama yang diambil daripada kenyataan BNM.

  • Ekonomi global terus dibebani oleh inflasi teras yang berterusan dan kadar faedah yang lebih tinggi.
  • Walaupun pembukaan semula China kekal menyokong pertumbuhan global, tapi kadar pemulihannya perlahan.
  • Inflasi teras global kekal di atas purata sejarah, walaupun inflasi utama terus menyederhana.
  • Bagi kebanyakan bank pusat, pendirian dasar monetari berkemungkinan kekal ketat.
  • Prospek kekal bergantung pada risiko penurunan terutamanya daripada geopolitik, inflasi dan pengetatan mendadak dalam keadaan pasaran kewangan.
  • Di Malaysia, ekonomi berkembang pada kadar lebih sederhana apabila eksport terjejas oleh permintaan luar yang lebih perlahan.
  • Pertumbuhan selanjutnya tahun ini akan dipacu oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.
  • Perbelanjaan isi rumah terus disokong pasaran buruh yang menggalakkan.
  • Keadaan kewangan domestik juga kekal kondusif untuk pengantaraan kewangan dalam keadaan pertumbuhan kredit yang mampan.
  • Bagi separuh kedua 2023, kedua-dua tajuk utama dan inflasi teras dijangka bergerak lebih rendah.
  • Risiko terhadap prospek inflasi kekal tertakluk pada inflasi teras, perubahan dasar domestik mengenai subsidi dan kawalan harga, serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan.

Pada tahap semasa, pendirian dasar monetari adalah sedikit akomodatif dan kekal menyokong ekonomi.

Bagaimanapun, MPC akan memastikan bahawa pendirian dasar monetari kekal kondusif kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat