Tepati Ramalan! BoE Ambil Keputusan Menaikkan Kadar Faedah Tetapi Ada Berikan Amaran

1,620

Bank of England (BoE) pada hari ini mengambil keputusan untuk menaikkan kadar faedah ke tahap tertinggi sejak 2009 pada hari Khamis dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% kepada 1%. Tindakan ini diambil bagi mengatasi inflasi yang kini mencecah 7% dan dalam masa yang sama BoE memberi amaran bahawa ekonomi Britain berisiko berhadapan kepada kemelesetan.

Sembilan ahli BoE telah membuat undian dengan berkeputusan 6-3 kenaikan daripada 0.75% kepada 1% dengan Catherine Mann, Jonathan Haskel dan Michael Saunders mencadangkan kenaikan yang lebih besar iaitu kepada 1.25%.

Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters telah meramalkan undian 8-1 yang lebih dovish untuk menaikkan kadar kepada 1%, dengan 1 penggubal dasar menentang perlunya kenaikan kadar faedah.

Matawang pound susut sekitar satu sen berbanding US dolar kepada di bawah paras dagangan $1.245. Hasil bon kerajaan British melonjak seketika dan mula jatuh kembali ke paras terendah sehari apabila pelabur dapat mencerna kenyataan dasar BoE.

Bank-bank pusat sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani lonjakan inflasi yang disifatkan sebagai sementara apabila ia bermula dengan pembukaan semula ekonomi global pasca Covid-19 dan kemudian bertambah parah berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

BoE berkata ia merakamkan rasa bimbang terhadap penutupan sebahagian industri berikutan penularan pandemik China yang dapat mengancam rantaian bekalan sekali lagi dan menambah tekanan inflasi.

Pada hari Rabu, Rizab Persekutuan A.S. menaikkan kadar sebanyak setengah mata peratusan kepada julat 0.75-1.0%, peningkatan terbesarnya sejak tahun 2000 dan pengerusi the Fed, Jerome Powell mencadangkan untuk menaikan 50 mata asas lagi bagi dua mesyuarat akan datang.

Langkah BoE mewakili kenaikan kadar keempat berturut-turut sejak Disember yang merupakan peningkatan terpantas dalam kos pinjaman dalam 25 tahun dan dalam masa yang sama menekankan kenaikan selanjutnya walaupun terdapat kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi yang mendadak.

BoE mengekalkan ramalannya untuk pertumbuhan ekonomi tahun ini pada 3.75%, tetapi mengurangkan ramalannya untuk tahun 2023 dengan penguncupan sebanyak 0.25 daripada anggaran pertumbuhan 1.25% sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat