Tepati Ramalan! GBP/USD Terus Kekal Downtrend

547

Menyelidik kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga dilihat terus menterjemahkan trend penurunan ke paras terendah yang terbaharu lagi sejak Disember 2020 pada paras sekitar 1.33600.

Corak downtrend yang lebih jelas dapat disaksikan berlaku sejak harga gagal untuk lepasi zon rintangan pada 1.38000-1.38300 dan terus mengekalkan kejatuhan menghampiri 500 pips setakat ini.

Pergerakan harga pada dagangan di sesi Asia semalam (Khamis) tampaknya bergerak secara perlahan sebelum memberi reaksi penurunan pada awal sesi Eropah untuk menembusi paras 1.34000.

Dek kerana matawang Pound yang ketika ini masih diselubungi kekecewaan oleh kenyataan dovish Bank of England (BOE) serta tekanan Brexit terus memberi implikasi buruk kepada nilai Pound.

Ekoran daripada itu, matawang USD terus mengambil peluang untuk mengukuh setelah masih tiada sentimen yang boleh mempengaruhi raja matawang itu daripada terus gah di puncak penguasaan.

Terbitan kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) yang tinggi pada baru-baru ini juga mungkin akan menjadi asbab dalam menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) lakukan pengetatan polisi.

Jika pergerakan harga pada carta GBP/USD terus memperoleh tekanan untuk kekal jatuh, zon sokongan terbaharu pada 1.33000 dijangka akan menjadi zon tumpuan pelabur yang bakal dicecah.

Kejatuhan harga untuk mencecah ke zon sokongan tersebut dilihat akan menghasilkan terjunan sekitar 50 pips dan dalam pada masa yang sama bakal terus mengekalkan corak downtrend.

Namun jikalau pergerakan harga berupaya memperoleh momentum untuk catat kenaikan, zon SBR (support become resistance) 1.34000 berkebarangkalian akan dicapai sebelum kekal mendaki.

Lonjakan lebih garang akan diperhatikan untuk harga menuju ke zon SBR berikutnya pada 1.35000 serta trendline resistance yang menjadi zon penilaian pelabur bagi menjangka pergerakan berikutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat