Tepati Ramalan Minggu Lalu, AUD/USD Akhirnya Capai $0.6700

109

Sentimen pasaran yang berisiko minggu lalu ketika berita penularan Covid-19 di China sehingga mendorong arahan sekatan pergerakan dipertingkatkan dilihat akan menambah tekanan buat mata wang pulang tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand.

Namun, kenapa dolar Australia dilihat berjaya mengorak langkah dengan prestasi yang agak cemerlang minggu lalu?

Ini adalah disebabkan pengaruh penyusutan US dolar yang begitu ketara dalam pasaran menyusuli kesuraman laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) dan diperencahkan lagi dengan bacaan data inflasi AS yang menurun.

Hal ini semakin menguatkan semula jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat FOMC seterusnya dan memberi kelebihan kepada dolar Aussie untuk memanfaatkan ruang untuk meningkat.

Namun, pelabur Aussie akan berwaspada pada minggu ini untuk meneliti butiran minit mesyuarat bank pusat Australia pada Selasa sebelum tumpuan terarah kepada laporan pekerjaan Australia pada Khamis.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, ketika penutupan dagangan penghujung minggu lalu, harga telah mencapai ke zon ketinggian 0.67000 untuk catatkan paras tertinggi 7 minggu.

Zon tersebut berjaya dicapai setelah lonjakan bermula pada Khamis ketika terbitan data inflasi AS yang mengundang reaksi negatif terhadap US dolar sehingga harga melonjak melepasi rintangan pada 0.65400.

Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga menunjukkan sedikit penurunan perlahan di sesi Asia, berlegar di bawah zon 0.67000 namun masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD untuk isyarat bullish.

Kenaikan lebih tinggi jika diteruskan minggu ini yang melepasi zon 0.67000 dilihat bakal menguji zon 0.67700 untuk capai paras ketinggian terbaru.

Trend bullish yang diteruskan berpotensi mendorong harga hingga mencapai ke paras sekitar 0.69000.

Namun jika zon 0.67000 menjadi rintangan buat harga minggu ini, penurunan harga boleh dijangkakan semula untuk harga kembali ke 0.65400 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah akan memberi isyarat perubahan trend sebelum menuju ke zon sekitar 0.67300.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat