Tepi Sikit, Mark Zuckerberg! Giliran Elon Musk Pula Jadi Lagi Kaya

2,138

Pengasas Tesla, Elon Musk berjaya menumbangkan kedudukan pengasas bersama Facebook Inc. Mack Zuckerberg, menjadi individu ketiga terkaya di dunia.

Dilaporkan kini Musk memiliki kekayaan berjumlah $115.4 bilion berbanding Zuckerberg memiliki $110.8 bilion, berikutan lonjakan berterusan saham Tesla setelah berlaku stock split.

Tidak dinafikan 2020 merupakan tahun bertuah Musk dengan kenaikan nilai bersih sebanyak $87.8 bilion, termasuk saham Tesla yang melonjak hampir 500%.

Ketika negara menjalani perintah kawalan pergerakan akibat serangan wabak COVID-19, syarikat itu menyaksikan lonjakan keuntungan terbesar apabila kebanyakan pelabur amatur cenderung memilih Tesla menerusi firma pelaburan atas talian, Robinhood Financial.

Berdasarkan rekod firma itu, pada bulan lepas sahaja saham Tesla ditambah ke dalam 40,000 akaun Robinhood dalam tempoh empat jam dan trend itu tidak hanya terhad di Amerika Syarikat (AS).

Pelabur dari Korea Selatan juga telah menyertai Tesla pada tahun ini, memegang 1% saham di dalam syarikat pembuatan kereta itu.

Kini, Tesla mencatatkan nilai pasaran berjumlah $464 bilion, mengatasi Walmart Inc., syarikat terbesar di AS.

Untuk pengetahuan, pendapatan para jutawan dunia telah mendapat perhatian kebanyakan ahli politik dan pengkritik. Senator AS Bernie Sanders pada bulan Ogos telah memperkenalkan undang-undang “Make Billionaires Pay Act” berikutan keuntungan kekayaan yang melampau sepanjang wabak koronavirus.

Walau bagaimanapun, perjalanan Musk untuk menjadi individu terkaya dunia masih panjang kerana kedudukan Bezos masih kukuh dengan kekayaan bernilai lebih daripada $200 bilion.

Sementara itu bekas isteri Jeff Bezos, MacKenzie Scott dinobatkan sebagai wanita terkaya di dunia, memiliki kekayaan bernilai $66.4 bilion. Sekaligus wanita itu berjaya mengatasi kedudukan pewaris L’Oreal SA, Francoise Bettencourt Meyers.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat