Tepuk Dahi Trader Tengok GBP Tiba-Tiba ‘Drop’

857

Dolar Amerika terus didagangkan stabil ketika pasaran berbelah bahagi antara khabar gembira mengenai vaksin Covid-19 dan peningkatan berterusan kes jangkitan coronavirus yang semakin membimbangkan.

Kemasukan ke hospital akibat Covid-19 meningkat di Amerika Syarikat dan melebihi tahap tertinggi yang direkodkan sejak April dengan angka kes dan kematian terus menunjukkan peningkatan.

Kes jangkitan di Eropah tetap meningkat, di mana Itali mengenakan sekatan baru di kawasan yang terkesan dan turut mempertimbangkan untuk penutupan di seluruh negara.

Dalam pada itu, pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci memberitahu vaksin Pfizer mungkin akan tersedia seawalnya pada bulan Disember selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA).

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan meningkat 0.1% pada 92.83. Euro susut di bawah paras harga 1.1800 berikutan peningkatan USD.

Sementara matawang pound pula masih meneruskan kenaikan ke paras ketinggian dua bulan berbanding US dolar disokong oleh perkembangan positif dalam rundingan perdagangan Brexit dan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, matawang itu kembali merosot selepas Reuters melaporkan bahawa UK dan Kesatuan Eropah (EU) mungkin tidak dapat mencapai perjanjian Brexit sebelum tarikh akhir pada pertengahan bulan ini berikutan isu yang masih membelenggu perbincangan kedua-dua pihak.

Dolar New Zealand turut didagangkan tinggi berikutan prospek perlaksanaan kadar faedah negatif oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) semakin pudar setelah bank pusat menyatakan kadar faedah akan kekal pada 0.25% sehingga tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat