Terbaik! GameStop Umum Bakal Lancarkan Pasaran NFT Dalam Masa Terdekat!

454

Pada awal tahun lepas, GameStop berhadapan dengan fasa-fasa kejatuhan mereka akibat di cengkam oleh Wall Street. Tahun ini mereka bertekad untuk bangkit kembali dan memanfaatkan peluang kedua ini sepenuhnya dengan rancangan untuk melancarkan pasaran NFT untuk memberi perkhidmatan kepada pemain teknologi dan kripto.

Pada hari ini, GameStop mendedahkan hasratnya untuk melancarkan Pasaran NFT menjelang akhir suku kedua 2022. Berdasarkan laporan suku pertama GameStop, pasaran NFT tersebut akan dijana oleh Immutable X, protokol Lapisan 2 yang berasaskan rangkaian Ethereum. Ini membolehkan NFT ditukar serta-merta dengan skala transaksi sebanyak 9,000 operasi sesaat, tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penggunanya.

Berdasarkan pengumuman pada 3 Februari lalu, GameStop mengumumkan bahawa pasaran akan dilancarkan menjelang akhir 2022 namun laporan terbaru menunjukkan ia akan dilancarkan lebih awal pada akhir bulan Julai tahun ini.

Sebaliknya, GameStop mengumumkan
pelaburan dana sebanyak $150 juta dalam token IMX mata wang kripto rasmi Immutable X. Sebahagian daripada dana tersebut akan digunakan untuk menyediakan sokongan kewangan kepada pencipta kandungan dan pembangun platform.

GameStop telah mengupah berpuluh-puluh orang yang pakar dalam ‘games’, rantaian blok, e-dagang dan pelbagai bidang teknologi.

Pada awal tahun lepas, saham GameStop mengalami pertumbuhan eksponen lebih daripada 100% setiap hari selepas beberapa pengguna Reddit bergabung tenaga untuk membeli saham syarikat bagi menekan pelabur Wall Street. Walaupun langkah oleh pengguna Reddit tidak bertahan lama, ia mendorong harga saham syarikat melonjak daripada $17 ke puncak kira-kira $482. Harga saham menjunam tidak lama selepas itu dan kini ia didagangkan pada $87.

Akhir Sekali, GameStop akan bersaing dengan beberapa syarikat besar seperti Binance, FTX, OpenSea dan Coinbase.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat