Terbaik! Giliran Reddit Perkenalkan Ciri Baharu, NFT Sebagai Gambar Profil!

270

Selepas dua hari pengumuman tergempar daripada Twitter, platform komunisasi terbesar didunia, Reddit, memutuskan mengambil langkah yang sama seperti Twitter yang melancarkan ciri terbaru dengan membenarkan pengguna untuk menggunakan NFT pada gambar profil seseorang. Berdasarkan laporan itu, Reddit juga sedang menguji ciri yang membolehkan penggunanya menetapkan sebarang NFT sebagai gambar profil mereka sendiri.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ini adalah berbeza daripada NFT berasaskan Ethereum yang digelar CryptoSnoop yang dikeluarkan pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, Reddit masih belum memutuskan bagaimana Reddit akan memberi sokongan NFT.

Dalam satu kenyataan kepada TechCrunch, Reddit berkata bahawa ujian NFT masih berada di peringkat awal dan belum lagi bersedia untuk kegunaan awam.

Jurucakap Reddit Tim Rathschmidt berkata, “Kami sentiasa meneroka peluang untuk memberikan nilai tambah kepada pengguna dan komuniti Reddit. Pada masa ini kami sedang menguji keupayaan untuk menggunakan NFT sebagai gambar profil (avatar) dan pengesahan pemilikan. Ia hanyalah adalah uji cuba dalaman yang kecil dan tiada keputusan dibuat tentang mengembangkannya.”

Untuk sementara waktu, Reddit telah menjalankan inisiatif NFT yang berbeza. Platform media sosial juga telah menyediakan halaman khusus untuk aktiviti berkaitan NFT iaitu nft.reddit.com.

Pada masa ini, domain NFT hanya menumpukan pada CryptoSnoos yang menampilkan koleksi digital Reddit sendiri. “Snoo” pada asasnya mewakili maskot Aliem Reddit sendiri dan koleksinya hanyalah variasi imej Snoo.

Walau bagaimanapun, pembangun Nima Owji adalah yang pertama mengenal pasti ujian NFT baharu ini. Pembangun itu juga menemui sepanduk yang merujuk kepada projek itu di aplikasi Reddit. Owji membuat spekulasi bahawa imej ini boleh mewakili pengembangan Reddit di luar CryptoSnoos.

Selain itu, Owji juga mendapati rujukan dalam kod Reddit, kelihatan seperti koleksi ujian NFT di OpenSea. Ia muncul di rangkaian ujian Ethereum Rinkeby, platform yang menyokong eksperimen blockchain.

Walau bagaimanapun, sesetengah Redditor tidak berpuas hati dengan Reddit kerana beralih ke NFT. Pengguna juga telah meluahkan rasa tidak senang di forum Reddit. Dengan ini tidak dapat disangkal lagi NFT terus mendapat tempat dalam kalangan pasaran.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat